Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (JKPCS) telah diadakan pada 15 Mac 2011 (Selasa) bermula pada pukul 9.00 pagi telah melibatkan semua anggota kerja KMCS. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Yg Berbahagia Puan Pengarah telah menggariskan beberapa panduan dan etika kerja yang perlu dipatuhi dan dipandang serius oleh setiap warga kerja. Di antara teguran dan nasihat yang telah diberikan ialah penekanan terhadap adab-adab ketika menghadiri mesyuarat, peningkatan semangat kerja berpasukan dari semasa ke semasa, langkah-langkah penjimatan yang perlu diberi penekanan, hubungan sesama anggota kerja dan anggota kerja IKN dan sebagainya.
Puan Pengarah juga telah memberi penekanan dan tumpuan kepada kesalahan lazim dalam penulisan iaitu penggunaan kata penghubung ‘di’ sama ada perlu ditulis menjadi satu perkataan atau sebaliknya. Ia merupakan kesalahan penulisan yang harus dipandang serius kerana setiap warga kerja tidak mengulangi kesalahan yang sama berulang kali.
Majlis mesyuarat telah diserikan dengan hidangan ‘pot luck’ yang sungguh menyelerakan. Alhamdulillah, macam-macam juadah yang ada. Setiap anggota kerja KMCS telah menyumbang makanan yang dibawa sendiri seperti kek, buah-buahan, nasi lemak, lontong dan nasi impit, kuih muih dan minuman untuk dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.
Biarpun, makanan yang dihidangkan serba sederhana, namun semangat yang ditunjukkan amat bermakna. Inilah yang menambahkan keakraban kami dalam sebuah keluarga iaitu keluarga KMCS. Alhamdulillah, kami bersyukur dengan rezeki yang ada. Sesungguhnya, ia memberikan rasa keinsafan kepada kami supaya sentiasa bersederhana walaupun dalam keadaan serba kekurangan.
"Erm, sedapnya.. Jangan jelous!"
Muffin yang sungguh comel ini dibawa oleh Anes
"Wah, apa yang serius sangat tu En. Dan?"
"Ila, jangan lupa buat surat mohon peruntukan ke HQ."
Suasana ketika mesyuarat berlangsung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan