Rabu, 18 Mei 2011

BAHAGIAN KEDUA: BENGKEL BIMBINGAN TEKNIKAL ENAMELLING


Baru-baru ini telah diadakan peringkat kedua Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling (Kemahiran Produk Baru) yang telah pun diadakan selama empat hari berturut-turut bermula pada 14 hingga 17 Mei 2011. Bengkel ini diadakan susulan kejayaan bengkel BT Enamelling (Kemahiran Teknik Baru) yang lepas menerima maklumbalas positif daripada semua pihak. Seramai 19 orang peserta menyertai bengkel kali ini yang terdiri daripada usahawan, warga kerja Kraftangan Malaysia dan juga pelajar IKN. Apa yang lebih menarik pada bengkel kali ini, semua peserta diminta untuk mengaplikasikan teknik Enamelling ini ke atas produk rekaan baru yang direka oleh Pereka dalaman Kraftangan Malaysia.


Syukur.. Alhamdullilah….bengkel ini telah mencapai matlamatnya. Nilai tambah teknik Enamelling telah diaplikasikan ke atas beberapa produk seperti tepak sirih, mangkuk, bekas cincin, aksesori dan produk baru lain yang direka khas sempena kempen Promosi Kerja Kahwin dan Promosi Kraf Logam akan datang.


Dengan adanya bengkel kemahiran seperti ini, diharap ia dapat memberi manfaat yang berguna kepada golongan usahawan yang bersedia mencuba teknik baru dan melibatkan diri secara serius dalam bidang kraf tangan. Selain menjana keuntungan, secara tidak langsung, mutu dan kualiti sesebuah produk dapat dipertingkatkan serta setanding dengan produk kraf keluaran antarabangsa. Insya-Allah…. J





Tiada ulasan:

Catat Ulasan