Selasa, 11 Oktober 2011

PESANAN NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA FATIMAH...

Pesanan Nabi Muhammad S.A.W kepada puteri tercintanya, Fatimah...


"Aku memalingkan wajahmu ke akhirat. Ada dua cara bagimu bagi mencapainya dan bersamaku di sana. Penuhi kewajipanmu dalam beribadah kepada Allah secara sempurna dan penuhi kewajipanmu kepada suamimu, Ali . Sekiranya seorang pelayan mengambil tanggungjawabmu itu, ia menyebabkan kamu menjadi kurang sempurna.

Kamu perlu mempunyai dua belah sayap supaya kamu dapat terbang ke darjat yang lebih tinggi. Bagaimana seorang lelaki ataupun wanita dapat menjadi hamba Allah yang sempurna? Bagaimana orang menjadi manusia sempurna dan memenuhi semua kewajipan kepada-Nya? Tugas kamu adalah mencari jawapan bagi pertanyaan-pertanyaan itu.

Pertama, jadilah hamba Allah yang sempurna. Kemudian, penuhi kewajipanmu kepada suamimu, Ali. Beliau adalah lelaki hebat yang mewakili para wali yang bakal lahir dari keluargamu. Apabila kamu dapat melakukan semua itu dengan sempurna, pasti kelak kamu berada bersamaku di syurga iaitu tempat manusia-manusia sempurna berkumpul."



Sumber dari - http://witaroseroses.blogspot.com/2011/09/pesanan-nabi-muhammad-saw-kepada-puteri.html

1 ulasan:

  1. Bersama-samalah kita berusaha menjadi yang terbaik ke jalan yang diredhai.... Insya-Allah...:)

    BalasPadam