HALAMAN

Jumaat, 22 Februari 2013

LAWATAN BERPANDU HKK 2013

 

Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2013 (HKK 2013), kami mewakili Kraftangan Malaysia ingin menjemput semua Agensi Kerajaan, Badan Korporat dan Swasta , Institusi Pendidikan, Syarikat-Syarikat, Badan Bukan Kerajaan dan Orang-Orang Perseorangan di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khasnya untuk mengadakan Lawatan Berpandu ke Hari Kraf Kebangsaan 2013 (rujuk jadual di lampiran).
 
Borang ini hendaklah diisi dan dimajukan semula kepada Kraftangan Malaysia untuk tujuan keraian serta urusan sambutan. Maklumat lanjut boleh didapatkan di laman sesawang Kraftangan Malaysia -  www.kraftangan.gov.my atau  blog Bahagian Komunikasi Korporat  - http://ccdkraf.blogspot.com .
 
Jom, kita ramai-ramai memeriahkan HKK 2013 tidak lama lagi....
 
 
 

Khamis, 21 Februari 2013

INOVASI TELEFON UNIK




Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Khamis (21 Februari 2013) telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor, bertajuk "Inovasi Telefon Unik".


Rabu, 20 Februari 2013

HKK DATANG LAGI.... 2013





Sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 akan berlangsung bermula pada 27 Februari hingga 11 Mac 2013 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. 
Pelbagai aktiviti menarik menanti para pengunjung. Bertemakan "Kraf Penggerak Ekonomi 1Malaysia", sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2013 ini akan menghimpunkan lebih 400 usahawan dari seluruh Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan serta pelbagai jenis produk kraftangan hasil kerjatangan para usahawan sendiri akan dipasarkan sempena HKK 2013 ini. 
Jom, datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi sambutan HKK 2013 ini. 
Masuk adalah percuma..

Selasa, 19 Februari 2013

JADUAL DAN PETA LOKASI PEMUNGGAHAN PRODUK HKK 2013




Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Pejam celik, pejam celik bahang Hari Kraf Kebangsaan 2013 (HKK 2013) kian terasa. Rasanya, macam baru saja lagi kita meraikan HKK 2012, tapi kini, HKK 2013 kian menjelma. Tahniah, kami ucapkan kepada usahawan-usahawan yang terpilih bagi menyertai HKK pada kali ini.  

Jadi, kepada usahawan yang terlibat, boleh merujuk Jadual dan Peta Lokasi Pemunggahan Produk Usahawan HKK 2013 yang kami siarkan ini supaya segala perancangan dan persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar. 



 
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, Tuan/Puan boleh berhubung terus dengan Encik Mohammad Nasser B. Baharin di talian 013-596 9120 / En. Ahmad B. Said 012-226 5817 atau menghubungi Cik Syida/ Cik Zuridah atau Pn. Nawwar di talian 03-60916564 (Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor).


Kami di KMCS sentiasa berdoa agar usahawan yang terlibat sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dan berjaya di masa hadapan, insya-Allah.

Khamis, 14 Februari 2013

SELAMAT MENGUNDI........ HKK 2013


Sedar tak sedar bahang Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2013 makin terasa. Hari ini KMCS telah diserbu oleh usahawan yang berjaya menyertai HKK 2013 untuk menjalankan tanggungjawab mereka untuk mengundi. Hehehe... bukan mengundi untuk PRU tapi mengundi tapak niaga sempena HKK... Jom kita tengok gelagat masing-masing.














Rabu, 6 Februari 2013

PETUA - KHASIAT HALBA




Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Rabu (6 Februari 2013) telah disediakan oleh Encik Rsuhdan bin Ahmad bertajuk, "Khasiat Halba".

Isnin, 4 Februari 2013

BATIK@KAMPUNG PUAH LEMBAH


Sedar tak sedar kita dah masuk bulan kedua tahun 2013. Jadi, aktiviti interaktif kraf diteruskan lagi bagi bulan Februari ini dan lokasi yang terpilih pada kali ini adalah Kampung Puah Lembah, Sentul. Kampung ini telah menerima bantuan pembinaan sebuah astaka yang telah dirasmikan sendiri oleh Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim pada 12 Disember 2012 yang lalu. Jadi,bagi memeriahkan aktiviti di kampung ini, KMCS telah memilih untuk mengadakan aktiviti mencanting batik bersama penduduk kampung. 

Tak kenal maka tak cinta. Kali pertama sampai di kampung ini, kami telah disajikan dengan aroma masakan yang sungguh enak. Dari jauh kelihatan ramai orang sedang bergotong-royong memasak di rumah tidak jauh dari astaka. Kami fikir kemungkinan ada kenduri. Tapi, rupa-rupanya mereka memasak untuk menyambut kedatangan kami dan warga Jabatan Penerangan yang turut bersama-sama kami pada petang tersebut. 
























Jom, kita lihat gelagat kakak-kakak, makcik-pakcik dan anak-anak Kampung Puah Lembah ni mencanting batik. Sungguh meriah! Terima kasih atas sambutan yang diberikan. Insya-Allah ada kesempatan kita jumpa lagi.

MOTIVASI - PENUHI HAK IBU BAPA DAN TAATILAH MEREKA



Artikel bagi ruangan motivasi pada hari ini, Isnin (4 Februari 2013), telah disediakan oleh En. Kamaruddin bin Kasau bertajuk, "Penuhi Hak Ibu Bapa dan Taatilah Mereka".

Jumaat, 1 Februari 2013

I-REKA - CAWAN-CAWAN YANG SANGAT UNIK DAN COOL




Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, 1 Februari 2012 (Jumaat), telah disediakan oleh Puan Suzita binti Mohd Sawi bertajuk "Cawan-Cawan Yang Sangat Unik dan Cool'".