HALAMAN

Khamis, 24 Mac 2011

AL-KISAH KE PULAU CAREY, SEDIHNYAAA..TAK JADI PULAK....

Salah satu tanda betapa dedikasinya kita pada kerja ialah dengan datang awal ke pejabat. Macam itulah lagaknya kami hari ni. Seawal pagi yang hening lagi kami sudah berada di pejabat untuk bersiap sedia ke Pulau Carey dengan semangat yang berkobar-kobar!! Hehehe…

Tiba-tiba, dengan satu panggilan tepat jam 9 .30 pagi tadi, kami dimaklumkan bahawa YBhg Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian Usahawan dan Rekaan tidak dapat membuat lawatan tapak ke Pulau Carey di atas urusan penting yang tidak dapat dielakkan.

Keputusannya, lawatan tapak ini akan ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan. Perasaan sedih menyelubungi kami semua. Rindu, serindu rindunya kami dengan Orang Asli di sana…huhuhu!…Pak Pion, Samri , Kak Maznah dan lain-lain, maafkan kami kerana kunjungan rasmi terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. Sampai masanya, kita akan ketemu lagi… :D

Projek Pembangunan Pusat Perkampungan Budaya Orang Asli MahMeri

3 ulasan:

  1. Hehehe.. Orang Asli dan KMCS memang tidak dapat dipisahkan.. Baguslah, itu tandanya hubungan yang erat bersama usahawan tidak mengira kaum dan bangsa..

    BalasPadam
  2. hihihi~ dah bersemangat tau saya nak ke sana td.. :))

    BalasPadam
  3. semangat yg mcm tu la bgs...teruskan!! heee

    BalasPadam