HALAMAN

Isnin, 28 Mac 2011

KLINIK HATI - TRANSFORMASI DIRI




Mengikut jadual yang dirancangkan, ceramah agama bertajuk ‘Klinik Hati – Transformasi Diri’ sepatutnya bermula pada jam 2.30 petang terpaksa dilewatkan sedikit kerana terdapat sedikit masalah teknikal. Namun, Alhamdullillah pada jam 3.00petang, ia dapat dilaksanakan. Ustaz Hasli merupakan seorang pegawai daripada JAKIM Putrajaya telah memulakan sesi ceramah dengan membacakan sepotong hadis yang bermaksud;

Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju syurga.” (Sahih, At-Tirmidzi [2646]).

Kemudian, beliau telah meneruskan ceramah dengan menggariskan lima transformasi diri dan menghuraikan kata-kata Saidina Ali berkaitan “dimanakah hati kita?”. Dimanakah hati kita wahai kawan-kawan?

Kata Saidina Ali r.a;

“Carilah hati kamu dengan membaca Al-Quran, sekiranya tidak jumpa hati kamu, carilah hati kamu dalam solat, jika tidak jumpa hati kamu, carilah ketika bermunajat dan berdoa kepada Allah, sekiranya jika tidak jumpa, carilah ketika kamu bertafakur mengingati kematian, sekiranya tidak jumpa ini bermakna hati kamu telah MATI…”.


Pelbagai pengisian aktiviti dan slaid video yang telah ditayangkan amat menyentuh hati dan sanubari kami. Ada yang menginsafi diri, ada yang diam seribu bahasa, ada yang menitiskan air mata dan sebagainya. Ceramah ini amat berkesan sekali kerana Ustaz Hasli bijak untuk mencetuskan perasaan sedih dan sebak di hati kami. MasyaAllah!!


Alhamdullilah….. Syukur pada ke hadrat Illahi, ceramah ini amat bermakna buat kami. Sesungguhnya, ramai di antara kita terleka dengan kelazatan dunia. Transformasi diri ke arah kebaikan perlu dilaksanakan segera selagi hayat masih ada, InsyaAllah. Marilah kita sama-sama berubah demi kebaikan diri sendiri, agama,keluarga, bangsa dan negara. InsyaAllah.

1 ulasan: