HALAMAN

Selasa, 5 April 2011

REZEKI DI PAGI HARI….




Kadang-kadang di kala kita memerlukan pertolongan atau kesempitan wang, InsyaAllah, Allah akan membuka ruang dan jalan untuk membantu orang-orang yang memohon pertolonganNya. Bukan apa, hari ini seawal jam 9.30 pagi sudah ada usahawan yang datang ke KMCS untuk mengambil cek bayaran kad kredit sempena promosi yang telah berlangsung sebelumnya. Rezeki la tu kan? Biarpun sedikit ataupun banyak jumlah bayarannya, cepat ataupun lambat, ia tetap rezeki yang kita patut syukuri kan? Syukur, Alhamdulillah!


Usahawan tersebut adalah Encik Mohammad Aswat daripada syarikat De’ Astek Craft. Walaupun, masih muda dan baru beberapa tahun berkecimpung dalam dunia usahawan ini namun prestasi dan kualiti produk yang dihasilkan amat memberangsangkan. Beliau sentiasa mencari peluang untuk maju ke hadapan dan berusaha keras untuk berjaya berbekalkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang telah diperolehi daripada IKN. Kami di KMCS amat berbangga kerana ramai anak didik IKN berjaya bergelar usahawan yang berjaya. Tahniah!

1 ulasan: