HALAMAN

Rabu, 11 Mei 2011

BAHANGNYA KIAN TERASA…



Wah, cepat tak cepat tinggal beberapa hari saja lagi Promosi Kerja Kahwin akan berlangsung. Jadi, bahangnya kian terasa apabila usahawan datang berkunjung ke KMCS bagi menjelaskan yuran penyertaan. Talian telefon di KMCS pun sesak bagaikan di konti radio ‘Hot FM’. Kawan kita, Juju dan Sri sudah tak menang tangan menjawab telefon dan melayan tetamu yang datang membuat bayaran dan mengisi Borang Setuju Terima Penyertaan Promosi Kerja Kahwin 2011.

Kami mengucapkan tahniah kepada usahawan yang telah terpilih dan bagi yang tidak terpilih, jangan kecewa dan berputus asa kerana masih banyak lagi promosi lain yang bakal dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia.

Sambil sembang-sembang, sempat juga saya bertanyakan tentang persiapan mereka. Masing-masing sibuk membuat persiapan akhir bagi menghasilkan produk untuk dipamerkan nanti. Harapan kami agar semua usahawan yang telah terpilih bagi menyertai promosi ini akan mempamerkan produk yang terbaik dan menepati cita rasa pelanggan, insya-Allah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan