HALAMAN

Jumaat, 6 Mei 2011

SELAMAT HARI IBU...






"Emak"



"Umi"



"Mama"



"Ibu"



"Mummy"



"Bonda"




Walau apa jua panggilan atau gelarannya, maksudnya adalah satu. Dia adalah insan yang melahirkan kita ke dunia. Setiap orang mempunyai ibu. Tidak kiralah sama ada lelaki mahupun wanita, ibulah yang melahirkan kita. Bak bait lagu Allahyarham Sudirman, "Kasihnya ibu membawa ke syurga...". Betapa besarnya pengorbanan ibu kepada kita. Perit dan jerih membesarkan anak-anak, hanya insan yang bergelar ibu saja yang mengetahuinya.




Jadi, di kesempatan ini, kami, warga KMCS ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada semua yang bergelar ibu tidak kira di mana sahaja berada. Jasamu ibu, tidak mampu kami balas. Semoga Allah merahmati insan-insan yang bergelar ibu. Amin...




Buat Puan Ruslah, Kak Ila, Kak Odah, Kak Ros, Anes, Sue dan Nawwar, "Selamat Hari Ibu" saya ucapkan. Pengorbanan kalian amat besar dalam membesarkan anak-anak. Semoga Allah melindungi kalian di dunia dan akhirat. Amin...".



*Catatan Pengarah

“Kepada anak-anak saya di KMCS, saya mengambil kesempatan ini untuk memberi nasihat dan pesanan ihklas, agar jangan lupa untuk meraikan ibu kita walau di mana saja mereka berada khususnya pada tanggal 8 Mei ini. Bagi yang masih mempunyai ibu, ambil peluang ini untuk menyatakan betapa kasihnya kita terhadap mereka dan ucapkanlah terima kasih kerana telah banyak berkorban demi membesarkan kita.

Bagi yang berkesempatan, jangan lupa untuk menziarahi mereka dan jika di kejauhan, luangkanlah sedikit masa untuk menelefon mereka bagi mengucapkan ucapan “Selamat Hari Ibu”. Walaupun ayat itu Nampak ringkas, namun ia menyentuh kalbu bagi si ibu yang mendengarnya. Ayat yang ringkas itu mampu membuatkan mereka menangis dalam senyuman. Buat anak-anak yang telah kehilangan ibu, jangan bersedih. Hadiahkanlah ayat-ayat Al-Quran dan doakan mereka supaya Allah menempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman dan bahagia di sana, insya-Allah, amin.

4 ulasan:

  1. menitis air mata tak kala teingat betapa sakit dan peritnya ketika melahirkan anak bt kali yg petama,waktu itu tergambar betapa peritnya juga ibuku melahirkan aku dan adik2..........terima kasih mak..............

    BalasPadam
  2. Ibu..kasih sayangmu kasih yang suci..pengorbananmu ku sanjung tinggi..jasamu tetap disanubari..terima kasih mak..

    BalasPadam
  3. Huhuhu sedihnya.... Nasib baik Kedah tu jauh... Baru saja balik kampung, kalau tak, dah lama 'cek' balik kampung jumpa mak....

    BalasPadam
  4. saya sayang mak saya....mak saya terbaik buat saya....love u mak....rasa nak balik kampung lagi la.....

    BalasPadam