HALAMAN

Isnin, 27 Jun 2011

UCAPAN PERPISAHAN DARI KAK ODAH



Hari Jumaat yang lalu adalah hari terakhir Puan Hajah Sokdah binti Junus bersama-sama kami di KMCS. Puan Hajah Sokdah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Odah telah menamatkan perkhidmatan beliau pada 26 Jun 2011 (Ahad) kerana bersara pilihan. Setelah hampir 37 Tahun berkhidmat bersama Kraftangan Malaysia, banyak jasa dan pengorbanan yang ditaburkan.

Beliau bagaikan ibu kami di sini. Sifat keibuan dan tutur kata yang lembut membuatkan beliau amat disenangi dan disayangi. Beliau turut berkongsi beberapa nasihat untuk kami dan kawan-kawan seperjuangan di Kraftangan Malaysia untuk dimanfaatkan bersama. Jom kita hayati teks ucapan yang telah disampaikan oleh Kak Odah pada Majlis Perpisahan tersebut.

Kata-kata nasihat daripada Kak Odah kepada kawan-kawan seperjuangan dan anak-anak yang disayangi di Kraftangan Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum w.b.t.

Terlebih dahulu, Kak Odah memohon ampun maaf dan menyusun sepuluh jari jika terdapat kata-kata yang mungkin akan menyingung perasaan kalian, maklumlah lidah ini tidak bertulang dan sesuka hati saja hendak bercakap. Sebenarnya, inilah amalan yang dibuat sepanjang berkhidmat dengan Kraftangan Malaysia;

1. Perlu minat dengan kerja yang kita buat, tidak kira apa bidang sekali pun.

2. Sikap toleransi antara kita.

3. Bekerjasama dan ceria selalu.

4. Perlu faham-memahami sikap kawan-kawan di sekeliling kita.

5. Sikap tolong-menolong.

6. Ringankan tulang jika diajak bergotong-royong.

7. Tidak memilih kerja.

8. Kerja yang dibuat perlu jujur dan tidak ada niat lain.

9. Kerja kerana Allah dan ikhlas.

10.Mempunyai perasaan bahawa kerja yang dibuat ini adalah rezki yang halal dan juga untuk menjamin keluarga di masa hadapan.

1Jangan jadikan kerja yang dibuat itu adalah satu beban yang berat dan harus diselesaikan dengan cara bijaksana dan jangan berputus asa.

12.Buat kerja dengan adanya perasaan seronok dan ingin cuba membuat perkara-perkara baru.

13.Jika tidak faham ,silalah jumpa kawan atau bertanya kepadanya bagaimana hendak buat atau selesaikan sesuatu masalah.

14. Jangan ada perasaan dengki dengan rakan kita, sama ada dia naik pangkat atau dapat anugerah atau apa saja yang diperolehi oleh kawan kita itu. Malah, kita jadikan ia sebagai ransangan untuk diri kita maju ke hadapan.

15.Kita perlu ada semangat kekitaan iaitu sayang kepada harta iaitu menjaga hak pejabat seperti mana hak kita sendiri.

Akhir kata Kak odah ucapkan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam apa jua bidang yang ceburi dan mudah-mudahan ia menjadi satu impian kepada anda semua untuk berjaya di masa depan.

Sekian, salam sayang untuk adik-adik dan sahabat handai sekalian daripada Kak Odah yang sentiasa menjadi kenangan di kalangan semua.

Assalamualaikum w.b.t.


1 ulasan:

  1. Salam..
    Sunyi Tanpa Suara Kak Odah.
    Kak Odah Dalam MEMORY Kami.......

    BalasPadam