HALAMAN

Jumaat, 30 September 2011

DI SEBALIK TABIR PERSIAPAN MAJLIS HARI RAYA

Dalam dunia pekerjaan sama ada pengurusan moden dan korporat, lebih 80% syarikat dan organisasi sama ada kerajaan mahupun swasta menggunakan konsep kerja berpasukan. Kajian-kajian menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan.Kenyataan di atas sungguh tepat digambarkan bagi Majlis Jamuan Hari Raya KMCS yang berlangsung di perkarangan ruang legar Bilik Pameran KMCS dan Jurusan Seni Kraf Rotan, Institut Kraf Negara, 14 September lalu. Ternyata semangat kerjasama dan nilai kreativiti setiap kakitangan telah dibuktikan menerusi kejayaan majlis ini. Semoga nilai-nilai murni dalam apa jua perkara dapat praktikkan sama ada dalam bidang pekerjaan mahupun urusan seharian ke arah melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.




Masing-masing bertungkus lumus menyiapkan ruang makanan

Tekun sungguh Muin buat roti jala!!


Mee Kari Mama Sue...Masterchef KMCS~ hihi..

Bersungguh-sungguh dan tidak jemu Nawar menyiapkan roti jala sepanjang majlis berlangsung

Bos turut turun padang ~ terima kasih bos tolong kami.. :)

Berhati-hati Nawar takut terkena kepala Anes pulak..hihihi


Walaubagaimanapun, semua kenangan manis ini menjadi kenangan terindah buat saya sepanjang berkhidmat di cawangan ini. Selepas ini, mungkin tidak berkesempatan sama meraikan dan membuat persediaan sebarang majlis anjuran KMCS. Semua kenangan ini tidak akan dilupakan bagi saya dan pasti akan saya merinduinya...Akhir kata semoga KMCS terus maju jaya..... Tahniah warga KMCS!!!! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan