HALAMAN

Rabu, 30 November 2011

SANTAPAN ROHANI - PRINSIP KELUARGA BAHAGIA





Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Rabu (30 November 2011) telah disumbangkan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "Prinsip Keluarga Bahagia".

Selasa, 29 November 2011

MOTIVASI PAGI

 
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Selasa (29 November 2011) telah disumbangkan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk, "Motivasi Pagi".

Jumaat, 25 November 2011

PROMOSI KRAF KINI BERMULA

          Pejam celik, pejam celik, kita sudah hampir sampai di penghujung bulan November 2011. Sudah tiba juga musim cuti sekolah. Bila cuti sekolah, ramai juga yang melangsungkan majlis perkahwinan. Jadi ramai juga yang mencari produk kraf sebagai persiapan perkahwinan, dekorasi dan kegunaan harian. Mengambil kesempatan ini, KMCS merebut peluang untuk mengadakan promosi kraf di Kompleks PKNS Shah Alam.

         Promosi kraf yang telah bermula pada 24 hingga 30 November 2011 telah melibatkan 24 usahawan kraf pelbagai bidang seperti tekstil, logam, seramik, hasil rimba dan aneka kraf. Walaupun pada awalnya, kami sedikit gusar dan bimbang kerana lokasi yang diberikan oleh PKNS kurang mendapat perhatian pengunjung selama ini, namun Alhamdulillah rezeki para usahawan murah sekali. Pengunjung pada hari pertama amat memberangsangkan. Kami berdoa agar Allah S.W.T. sentiasa mempermudahkan segala urusan agar setiap yang dirancangkan akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar, Insya-Allah.
         Jadi, apa tunggu lagi. Jom kita ramai-ramai serbu Promosi Kraf Malaysia 2011 di PKNS Shah Alam sebelum 30 November 2011.

Rabu, 23 November 2011

GOTONG-ROYONG PEMBAIKAN WAKAF ORANG ASLI SG.BUMBUN, PULAU CAREY
Pada 19 November 2011 (Sabtu), satu aktiviti gotong-royong telah diadakan untuk kerja-kerja pembaikan wakaf-wakaf Orang Asli Kaum Mah Meri Sg. Bumbun, Pulau Carey oleh juruteknik KMCS, En. Mohd Fathul Muin dan Pengajar Kraf Unit Usahawan KMCS, En. Syahrul Hakimi. Kerja-kerja bermula setibanya kami di sana pada jam 10.00 pagi dengan membawa peralatan dan kelengkapan untuk kerja-kerja tersebut. Kedatangan kami disambut oleh keluarga Pak Dayong yang wakafnya terletak di hujung kampung Sg. Bumbun. Keadaan lantai wakaf Pak Dayong rosak dan reput akibat dimakan anai-anai dan kumbang kayu yang telah melemahkan struktur kayu dan papan lantai. Kesemua kayu dan papan yang rosak dibuang dan disembur anti anai-anai bagi mengelakkan serangan anai-anai dan kumbang tanah ini berulang. Kerja-kerja pembaikan siap sepenuhnya pada jam 3.00 petang. Berikut adalah gambar semasa kerja-kerja dilakukan.

 Keadaan sebelum kerja pembaikan dilakukan

Kita pecahkan semua kayu-kayu nie…

Habis bersih papan dicabut oleh aa dan muin

    kite potong kayu yer kawan-kawan



UJIAN ALLAH S.W.T.:SEJAUH MANA KEREDHAAN KITA?

Artikel bagi ruangan MOTIVASI pada hari Rabu (23 November 2011) telah disumbangkan oleh Cik Amalina Bt. Rossli bertajuk "UJIAN ALLAH S.W.T. : SEJAUH MANA KEREDHAAN KITA?"

Selasa, 22 November 2011

CORETAN ILMU - 3

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Marilah kita sama-sama menghayati sambungan artikel di ruangan Coretan Ilmu bertajuk, "Rasulullah S.A.W Menangis Apabila Bercerita Tentang Neraka". Artikel ini merupakan sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin dan telah disumbangkan oleh Cik Marshila Marzuki sebagai renungan kita bersama.

I-REKA - WARNA 'POP ART'



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Selasa (22 November 2011) telah disumbangkan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak bertajuk, "Warna Pop Art".

Isnin, 21 November 2011

CORETAN ILMU

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia


Marilah kita sama-sama menghayati sambungan artikel di ruangan Coretan Ilmu bertajuk, "Rasulullah S.A.W Menangis Apabila Bercerita Tentang Neraka". Artikel ini merupakan sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin dan telah disumbangkan oleh Cik Marshila Marzuki sebagai renungan kita bersama.

PETUA MENGHILANGKAN STRES DI TEMPAT KERJA


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Isnin (21 November 2011) telah disumbangkan oleh Cik Mursyida binti Md Isa @ Mansor bertajuk, "Petua Menghilangkan Stres di Tempat Kerja".

Jumaat, 18 November 2011

CORETAN ILMU

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Bermula pada 18 hingga 25 November 2011, blog KMCS akan mewujudkan satu ruangan baru iaitu ruangan Coretan Ilmu yang akan menyiarkan satu artikel bertajuk, "Rasulullah S.A.W Menangis Apabila Bercerita Tentang Neraka". Artikel ini merupakan sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin dan telah disumbangkan oleh Cik Marshila Marzuki sebagai renungan kita bersama. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghayati dan mengambil peluang untuk memperbaiki diri kita supaya menjadi khalifah Allah yang terbaik, insya-Allah.

Khamis, 17 November 2011

BERLANGSUNGNYA MESYUARAT PENYELARASAN PENGISIAN PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI MAH MERI PULAU CAREY



Pada 2 November 2011 (rabu), telah berlangsungnya mesyuarat penyelarasan pengisian perkampungan Budaya Orang Asli Mah Meri, Pulau Carey yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Hj. Ab. Ghaffar bin A. Tambi, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan). Mesyuarat ini melibatkan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia. 

Turut hadir ke Perkampungan Budaya ialah Pengarah Bahagian Usahawan, Penolong Pengarah Bahagian Usahawan, Pengarah Bahagian Rekaan dan Pengarah Kraftangan Cawangan Selangor.

KMCS dengan kerjasama Bahagian Usahawan, Ibu Pejabat telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras  penyediaan prasarana untuk aktiviti demonstrasi dan pameran kraf Orang Asli Mah Meri.  Demonstrasi kraf yang diadakan adalah ukiran kayu patung dan topeng kaum Mah Meri dan demonstrasi anyaman pandan mengkuang dan origami.


Hampir dua (2) jam berlangsungnya mesyuarat tersebut, bermulalah sesi lawatan Datuk Ghaffar ke tempat demonstrasi kraf Orang Asli Mah Meri.  Lawatan beliau dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Orang Asli iaitu tarian sewang dan topeng.  Selepas sesi lawatan berakhir, semua dijemput untuk menjamu selera.  Memandangkan kesuntukan masa untuk kami bertolak ke Kg. Sg. Kurau, kami mengambil keputusan untuk meninggalkan hidangan yang disajikan dan meneruskan perjalanan ke Bengkel Latihan Jangka Pendek (LJP) Kg. Sg. Kurau.  Turut serta ke Bengkel tersebut iaitu Pengarah Bahagian Usahawan, En. Ibrahim Ismail dan Penolong Pengarah Bahagian Usahawan Puan Azlin Aziz.

MOTIVASI - MUTIARA HATI

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Khamis (17 November 2011) telah disediakan oleh Encik Rushdan bin Ahmad bertajuk, "Mutiara Hati".

Rabu, 16 November 2011

I-REKA - REKAAN UNIK


Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Rabu (16 November 2011) telah disumbangkan oleh Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal bertajuk, "Rekaan Unik".

Selasa, 15 November 2011

KE KAMPUNG SUNGAI KURAU LAGI KITA..... 9 November 2011


 Perjalanan yang sedikit mencabar untuk tiba di Kg. Sungai Kurau

Bila cakap aje pasal kampung Sungai Kurau ia bagaikan dah sinonim dengan kami.... Mana taknya selepas ini setiap minggu ia akan menjadi salah satu destinasi tetap buat kami di Unit Usahawan KMCS. Bukan pergi berjalan sahaja tapi memantau sejauh mana Program Latihan Jangka Pendek (LJP) Ukiran Kayu Mahmeri kami berjalan seperti yang telah dirancangkan. Kali ini pemergian kami ke sana masih lagi mempunyai cabaran fizikal dan mental mana taknya, disebabkan hujan malam tadi, maka jalan untuk masuk ke Kampung Sungai Kurau dah dipenuhi oleh air dan lumpur merah...maka mandilah kereta kami dengan tanah merah yang agak tebal....tapi itu semua tak menghalang perjalanan kami ke sana yang mengambil masa dalam 1 jam 45 minit. 

Sampai saje di bengkel ukiran,kami telah melihat kelibat para peserta yang sedang sibuk menyiapkan produk pertama iaitu bekas pensil, nampaknya penyiapan produk dah sampai ke tahap 80 % siap dan kalau diikutkan jadual sepatutnya rekaan pertama sudahpun patut siap hari ini tapi disebabkan masalah dari segi kefahaman untuk memahami rekaan ia telah terlewat untuk disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang, walaubagaimanapun perbincangan telah dibuat bersama tenaga pengajar iaitu Batin Nengkak dan diharapkan beliau dapat membantu peserta lain untuk mempercepatkan lagi proses menyiapkan rekaan pertama itu. Memandangkan setiap rekaan mempunyai jadual pelaksanaan maka rekaan ke-2 telahpun diberikan juga kepada tenaga pengajar dan peserta. 

 


Diharapkan produk rekaan ke-2 ini akan dapat disiapkan oleh mereka mengikut perancangan masa yang telah ditetapkan...Semoga berjaya ya pengukir Kampung Sungai Kurau untuk mengikuti jadual pengeluaran produk dan menghasilkan produk yang tinggi nilai seni ukirnya.

PETUA DEMAM PANAS DAN SEJUKKAN BADAN


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Selasa (15 November 2011) disediakan oleh Zuridah Zainal Abidin bertajuk, " Petua Demam Panas dan Sejukkan Badan".

Isnin, 14 November 2011

SANTAPAN ROHANI - DI MANAKAH WANITA BARAKAH ITU?


Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Isnin (14 November 2011) telah disumbangkan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "Di manakah Wanita Barakah Itu?"

Jumaat, 11 November 2011

Khamis, 10 November 2011

Rabu, 9 November 2011

KEMBARA J1M1K KE DAERAH GOMBAK



Walaupun sesi persekolahan kian melabuhkan tirainya, namun kembara J1M1K masih lagi giat berusaha untuk menabur bakti kepada pelajar-pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan. Jika ‘entry’ yang lepas kami telah berkelana jauh ke Beranang, tapi kali ini kami ingin berkongsi cerita tentang kembara kami di Sekolah Kebangsaan Gombak Utara.

Panggilan telefon daripada Cikgu Misriah pada beberapa minggu yang lepas, telah membawa skuad J1M1K sampai ke sekolah ini pada hari ini. Kedatangan kami disambut baik oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah ini. Beruntung kami, sudah lah disambut baik, layanan pun mesra. Pendek kata, kami semua gembira untuk bersama-sama mereka di sana.

Seperti kebiasaannya, murid-murid akan berasa sedikit gugup dan takut apabila disuruh mencanting sendiri, tapi bila canting sudah berada di tangan, masing-masing lupa diri. Begitu juga bila sudah pegang berus, cikgu lalu pun dah tak nampak. Apa-apa pun, Sekolah Kebangsaan Gombak Utara memang best…… Ucapan kami buat adik-adik dan cikgu-cikgu di sekolah ini, “Terima kasih atas layanan dan kerjasama yang diberikan serta Selamat Maju Jaya”.











PETUA - TIMUN TERAPI WAJAH



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Rabu (9 November 2011) telah disumbangkan oleh Mursyida binti Md Isa @ Mansor bertajuk, "Timun Terapi Wajah".

Selasa, 8 November 2011

SANTAPAN ROHANI - 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W.






Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini Selasa (8 November 2011) telah disumbangkan oleh Yuhanes Abdullah bertajuk, '7 Sunnah Rasulullah S.A.W'.

Jumaat, 4 November 2011

SALAM AIDIL ADHA 1432H


Saat berderai jatuh titisan air mata suci Nabi Ibrahim a.s…

Melihatkan teguhan iman anaknya Nabi Ismail a.s…

Di kala itulah bermulanya…

Sejarah agung…

Mengenali erti sebuah PENGORBANAN….

Mengambil kesempatan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang pada tanggal 10 Zulhijjah 1432H, kami warga KMCS menyusun sepuluh jari, seikhlas hati, sejujur kata memohon ampun dan maaf seandainya terlanjur kata, tersilap laku dan segala kekhilafan kami sepanjang kita bersama. Kami juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dan kepada rakan-rakan yang pulang berhari raya di kampung halaman, kami mendoakan kalian selamat pulang dan selamat kembali, insya-Allah.