HALAMAN

Selasa, 15 November 2011

KE KAMPUNG SUNGAI KURAU LAGI KITA..... 9 November 2011


 Perjalanan yang sedikit mencabar untuk tiba di Kg. Sungai Kurau

Bila cakap aje pasal kampung Sungai Kurau ia bagaikan dah sinonim dengan kami.... Mana taknya selepas ini setiap minggu ia akan menjadi salah satu destinasi tetap buat kami di Unit Usahawan KMCS. Bukan pergi berjalan sahaja tapi memantau sejauh mana Program Latihan Jangka Pendek (LJP) Ukiran Kayu Mahmeri kami berjalan seperti yang telah dirancangkan. Kali ini pemergian kami ke sana masih lagi mempunyai cabaran fizikal dan mental mana taknya, disebabkan hujan malam tadi, maka jalan untuk masuk ke Kampung Sungai Kurau dah dipenuhi oleh air dan lumpur merah...maka mandilah kereta kami dengan tanah merah yang agak tebal....tapi itu semua tak menghalang perjalanan kami ke sana yang mengambil masa dalam 1 jam 45 minit. 

Sampai saje di bengkel ukiran,kami telah melihat kelibat para peserta yang sedang sibuk menyiapkan produk pertama iaitu bekas pensil, nampaknya penyiapan produk dah sampai ke tahap 80 % siap dan kalau diikutkan jadual sepatutnya rekaan pertama sudahpun patut siap hari ini tapi disebabkan masalah dari segi kefahaman untuk memahami rekaan ia telah terlewat untuk disiapkan mengikut jadual yang telah dirancang, walaubagaimanapun perbincangan telah dibuat bersama tenaga pengajar iaitu Batin Nengkak dan diharapkan beliau dapat membantu peserta lain untuk mempercepatkan lagi proses menyiapkan rekaan pertama itu. Memandangkan setiap rekaan mempunyai jadual pelaksanaan maka rekaan ke-2 telahpun diberikan juga kepada tenaga pengajar dan peserta. 

 


Diharapkan produk rekaan ke-2 ini akan dapat disiapkan oleh mereka mengikut perancangan masa yang telah ditetapkan...Semoga berjaya ya pengukir Kampung Sungai Kurau untuk mengikuti jadual pengeluaran produk dan menghasilkan produk yang tinggi nilai seni ukirnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan