HALAMAN

Khamis, 1 Disember 2011

SEKADAR UNTUK BERKONGSI ILMU...





KESEMPURNAAN DIRI,DUNIA DAN AKHIRAT 
Disediakan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid/ Khamis/ 1 Disember 2011.

Hadis Muthahharah

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a. telah berkata : “Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah s.a.w yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda s.a.w telah berkata kepadanya. Tanyalah apa yang engkau kehendaki “

Orang Arab bertanya:  Rasulullah s.a.w. bersabda:
1. Aku mahu menjadi orang yang alim.
Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim.

2. Aku mahu menjadi orang paling kaya.
Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.

3. Aku mahu menjadi orang yang adil.
Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia .

4. Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.

5. Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah s.w.t.
Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah.

6. Aku mahu disempurnakan imanku.
Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.

7. Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin ( baik ).
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.

8. Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.

9. Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.
Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalamkeadaan suci daripada dosa.

10. Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya.
Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.

11. Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.
Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.

12. Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan( kurangkan ) segala dosamu.

13. Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.

14. Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.

15. Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.



16. Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.
Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka.

17. Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.

18. Aku mahu diterima segala permohonanku.
Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.

19. Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.

20. Siapa yang terselamat daripada dosa?
Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.

21. Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian ( bala ).

22. Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.

23. Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih saying.

24. Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Sabar di dunia dengan bala dan musibah.

Telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini.”


Kredit kepada http://rojulalaqidah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan