HALAMAN

Khamis, 19 Januari 2012

LAWATAN BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) KE PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI MAHMERI, PULAU CAREY

Lawatan oleh Y.Brs Encik Ramli Mohd Nor bersama beberapa anggota kerja ibu pejabat dan KMCS

Pada awal bulan yang lalu, satu lawatan oleh TKP (O) bersama Encik Rashid bin Esa, Pengarah Bahagian Kewangan dan Pembangunan, Jurutera Kanan, Timbalan Pengarah KMCS, Ketua Unit Pentadbiran dan Usahawan serta beberapa anggota kerja KMCS dan ibu pejabat ke Perkampungan Budaya Orang Asli Mahmeri, Pulau Carey. Lawatan ini adalah untuk pemantauan bagi cadangan menaik taraf Perkampungan Budaya Orang Asli Mahmeri. 


Apa agaknya yang dibincangkan tu?

Perbincangan tapak.

Beberapa cadangan telah dibincangkan bagi menentukan tempat yang sesuai untuk mewujudkan kafeteria, ruang penyediaan makanan, ruang makan tingkat atas dan pentas persembahan kebudayaan berbumbung. Emm… Bersama kita nantikan apa perkembangan terkini Perkampungan Budaya Orang Asli Mahmeri, Pulau Carey di ‘entry’ akan datang. Tunggu…

 

En. Rashid mencadangkan agar penambahan bumbung dilakukan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan