HALAMAN

Isnin, 23 Julai 2012

KARNIVAL KECERIAAN BULAN KEMERDEKAAN

 

Pada hari Rabu yang lalu (18 Julai 2012), Skuad J1M1K KMCS telah beramai-ramai ‘turun padang’ bagi memeriahkan Karnival Keceriaan Bulan Kemerdekaan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Seperti biasa, skuad J1M1K akan menarik perhatian ramai dengan mengadakan aktiviti interaktif kraf mencanting batik.


Seawal jam 9.30 pagi kami tiba di hadapan Tasik Biru, Kuang. Panorama yang cukup indah di pagi hari telah menyemarakkan lagi semangat kami untuk menjayakan aktiviti interaktif ini. Biarpun jalan yang ditempuh sebelumnya sungguh berliku dan mencabar namun, apabila terpandangkan tasik yang sungguh mendamaikan membuatkan segala ‘pening lalat’ mengharungi perjalanan hilang. Banyak bendera Malaysia yang megah berkibar di sekitar kawasan karnival begitu menggamit perasaan kami untuk cepat sampai ke sana.
 




Sebanyak dua khemah telah diperuntukan kepada KMCS. Jadi, kerja-kerja persiapan tempat dilakukan dengan pantas memandangkan matahari kian menegak. Serbuan demi serbuan yang kami terima sedari pagi menyebabkan masa berlalu tanpa disedari.






Sedar tidak sedar jumlah peserta sudah melebihi sasaran. Skuad terpaksa menjalankan kerja-kerja ‘mengetip’ kain di belakang khemah bagi memastikan tiada peserta yang hampa. Manakan tidak, boleh dianggarkan 500 peserta yang terlibat bagi aktiviti ini. Walaupun peluh sudah membasahi baju, namun Skuad J1M1K masih setia berkhidmat. Alhamdulillah, program yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Sri Kamaruddin Siaraf (Ketua Setiausaha KPKK) ini berlangsung dengan baik dan lancar. Buat para peserta yang begitu 'sporting', kami gembira bersama kalian semua. 

 


  





Tiada ulasan:

Catat Ulasan