HALAMAN

Isnin, 23 September 2013

MINGGU MALAYSIA LONDON 2013



Kami warga KMCS mengucapkan tahniah kepada En. Ramadas a/l Vengadasalam kerana telah terpilih untuk menjadi jurudemo kraf seramik mewakili usahawan kraf negeri Selangor sempena Malaysia Cultural Week London. En. Ramadas atau lebih mesra dengan panggilan ‘Uncle Ramadas’ merupakan salah seorang Adiguru Kraf dalam bidang Seramik Tradisional India.


Tahniah juga kami ucapkan kepada lima (5) orang usahawan kraf negeri Selangor yang terpilih untuk menyertai aktiviti pameran dan jualan. Lima usahawan tersebut adalah:


1. D’ Waqaka Klasik (Batik – Pakaian Siap) 

2. Ruzz Gahara (Batik - Pakaian siap / Kotak hadiah

3. La’ Seri Collection  (Logam Aksesori -Pewter

4. Paulini Nusantara (Logam Aksesori -Pewter

5. Sweet Touch Ceramic Sdn Bhd (Seramik -Porcelain



Malaysia Cultural Week 2013 in London adalah aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah berlangsung pada 19 hingga 23 September 2013 di South Bank, London. Seramai 10 orang usahawan dan 5 orang jurudemo dari Kraftangan Malaysia turut terlibat dalam aktiviti ini.





Bertemakan "Faces for 1Malaysia" , acara itu akan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 21 September 2013. Pelbagai acara dan aktiviti menarik antaranya ialah persembahan muzik tradisional, jualan dan demonstrasi membuat kraf, pertunjukan fesyen batik dan songket Malaysia dengan rekaan tradisional dan kontemporari dan lain-lain lagi yang menggambarkan Malaysia kaya dengan warisan, budaya serta hasil kerja tangan yang kreatif untuk dipersembahkan di pentas global.




Selain itu, artifak Muzium, manuskrip Melayu yang asal dan butiran warisan turut dipaparkan untuk tatapan umum. Pengunjung juga berpeluang untuk menikmati masakan Malaysia yang lazat dan popular. Acara turut diserikan dengan pameran dan persembahan permainan tradisional masyarakat di Malaysia dan para pengunjung boleh menyertai dan merasai sendiri permainan tersebut. Terdapat juga booth promosi percutian dan pakej pelancongan menarik melawat ke Malaysia  sebagai salah satu langkah menarik minat pengunjung untuk menyertai Tahun Melawat Malaysia 2014.



Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan tidak lupa juga kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan semoga maju jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan