HALAMAN

Khamis, 21 Ogos 2014

LAWATAN KE SYANG COLLECTION

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Apa khabar semua? Terlebih dahulu admin ingin memohon jutaan maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog KMCS ini. Bukan apa, kami di KMCS amat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan alhamdulillah semuanya kembali normal selepas raya ini. 


Baru-baru ini, admin bersama team Unit Rekaan telah melawat bilik pameran dan bengkel usahawan baru iaitu Syang Collection. Memang sudah lama berjanji untuk melawat bengkel Puan Hajah Fatimah ini, namun masa tidak mengizinkan. 



Syang Collection merupaka syarikat pengeluar batik yang terletak di Bandar Sri Damansara (SD9).  Beliau merupakan salah seorang pembatik yang telah mendapat kontrak (boleh dikatakan kontrak tetap saban tahun) bersama syarikat penerbangan terkenal negara iaitu Malaysia Airlines (MAS), penganjur Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Malaysia (PABM) serta banyak lagi. Jom, kita tengok apa yang menarik :)








Tiada ulasan:

Catat Ulasan