HALAMAN

Rabu, 2 Mac 2011

2 JAM YANG AMAT BERMAKNA


Kemeriahan sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2011 turut diselitkan dengan sesi bengkel atau Apresiasi Kraf di mana aku sendiri menjadi salah seorang peserta pada hari tersebut. Sesi bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Dewan Seri Utama 1 yang dihiasi indah. Sebanyak 4 sesi Apresiasi Kraf akan berlangsung sepanjang HKK2011 ini. Apresiasi Kraf yang pertama ini bertajuk "Aluminium sebagai Bahan Kreatif dan Inovasi Dalam Proses Pembuatan Kraf" yang telah disampaikan oleh panel pada kali ini iaitu Dr Jeffry Azha Bin Saidin Pensyarah Jabatan Senireka Logam Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Shah Alam. Manakala Perantara Apresiasi Kraf sesi ini ialah En Khairul Hafizi Bin Naharuddin iaitu Ketua Jurusan Seni Kraf Logam, Institut Kraf Negara ( IKN ).

Program Apresiasi kraf ini dimulakan dengan sejarah pembabitan Dr Jeffry di dalam bidang senireka dan seni logam halus. Seterusnya, Dr Jeffry memaparkan hasil rekaan dan kajian yang telah dibuatnya semasa pengajian beliau. Selepas itu beliau menunjukkan pula demonstrasi pembuatan produk menggunakan teknik photo etching di atas permukaan bahan aluminium. Beliau menyatakan bahan aluminium ini sangat murah, boleh dijual dengan harga tinggi selepas menghasilkan produk kraf. Setelah itu, beliau menghasilkan pula rekacorak di atas bahan yang sama dan akhir sekali beliau menunjukkan contoh – contoh produk prototaip.

Antara produk yang dihasilkan adalah pemberat kertas bermotifkan tudung saji, plat hiasan dinding dan loket bermotifkan corak batik. Beliau juga turut menyatakan cita – cita untuk menghasilkan kasut aluminium pertama di dunia pada 2012 nanti. Sesi bengkel ini berakhir dengan penyampaian cenderahati oleh Tuan Haji Shahrudin Bin Hj. Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan diiringi oleh Encik Zainal Abidin Bin Che Pa, Pengarah IKN. Sesi ini telah berakhir dengan jayanya. Saya berpandangan bahawa program ini sangat baik kerana dapat memberi pengetahuan dari segi teknik dan penggunaan bahan yang telah di buat kajian oleh tenaga pakar dari bidang tersebut, seterusnya dikongsi bersama para peserta yang kebanyakannya dari pereka Kraftangan Malaysia dan pelajar IKN.

1 ulasan:

  1. terima kasih di atas ilmu yang telah di kongsi bersama..

    BalasPadam