HALAMAN

Rabu, 2 Mac 2011

CERAMAH AGAMA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUL RASUL S.A.W.

Sempena dengan kedatangan bulan Rabiulawal (1432 Hijrah) iaitu bulan bagi merayakan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) telah menganjurkan Ceramah Agama bertajuk “Ciri-Ciri Kepimpinan Yang Dimiliki Baginda S.A.W. Diterapkan Dalam Diri, Keluarga Dan Tempat Kerja Ke Arah Kecemerlangan”.

Ceramah Agama ini diadakan pada 11 Februari 2011 yang lalu dan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Seramai 50 orang warga kerja KMCS dan IKN telah mengikuti majlis ilmu tersebut yang diadakan dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Banyak ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput dan mudah-mudahan warga kerja yang mendengar dapat menerapkan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. dapat diterapkan ke dalam jiwa serta membimbing warga kerja meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T.

Musahabah Diri Dengan Mentauladani Kepimpinan Rasulullah S.A.W. Di antara intipati ceramah yang meresap di kalbu :

  • Nabi Muhammad S.A.W. telah diiktiraf oleh Allah S.W.T. sebagai pemimpin. Firman Allah: “Sesungguhnya telah aku jadikan bagi diri Rasulullah S.A.W. itu ikutan ….”
  • Nabi S.A.W. bersabda “Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan tiap-tiap pemimpin itu bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya.
  • Saidina Aishah r.a. berkata “ Akhlak Nabi S.A.W. ialah Al-Quran”.

Ciri-ciri Pemimpin sebenar, antaranya :

  • Untuk menjadi pemimpin perlu ada Ilmu, Ikhlas dan Telus, “Katakanlah yang benar walaupun yang pahit” Sabda Nabi S.A.W.
  • Menghargai masa, sabar, balas keburukan dengan kebaikan, lemah lembut dan berbudi bahasa.
  • Bijaksana, dapat menyelesaikan masalah dengan memberi kepuasan hati, senang di damping dan mendampingi
  • Bermusyawarah, tidak membazir dan jujur dalam perkhidmatan

RENUNG-RENUNGKANLAH.. ciri-ciri yang ada dan tiada pada diri kita. Adakah kita layak digelar seorang PEMIMPIN? ...Marilah kita muhasabah diri... Wallauhua'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan