HALAMAN

Rabu, 6 Mac 2013

KARNIVAL WOW! PUTRAJAYA 2013



Dia datang lagi..... Tahun ini Karnival WOW! Putrajaya 2013 datang lagi dengan pelbagai pengisian aktiviti yang sangat menarik.. Seperti biasa kami di KMCS tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan karnival ini dengan aktiviti interaktif kraf mencanting batik. Apa yang lebih menarik pada tahun ini kami turut terlibat dalam acara 'Walk and Hunt' dan salah satu 'check-point' peserta kena mencanting batik. Ha, mencabar betul.. Para peserta terdiri daripada pelajar sekolah kebangsaan di sekitar Putrajaya dan beberapa daerah lain. Suasana meriah macam pasar malam kerana masing-masing hendak cepat untuk menyiapkan tugasan untuk ke 'check-point' seterusnya.


Mencanting batik diletakkan di 'check-point' yang kedua dan apabila sekali kena serbu naik berpinar juga mata kami. Tapi, kami memang gembira pada saat itu kerana kami tidak sangka adik-adik yang baru kali pertama mencanting pun mampu melakukan yang terbaik. Syabas untuk adik-adik yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, adik-adik boleh cuba lagi.




Setelah habis aktiviti 'Walk and Hunt', kami turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba mencanting batik. Pelbagai reaksi pengunjung yang kami terima sepanjang berada di sana. Tapi, jika ditanya pandangan ikhlas saya, memang penat namun, saya berasa sangat berpuas hati dengan penerimaan generasi muda terhadap seni kraf batik. Syabas untuk semua! Panjang umur, insya-Allah kita jumpa lagi....

Selain dari mencanting batik, ada ramai juga usahawan kraf yang turut serta dalam aktiviti jualan sepeti Batik Pelangi, Perniagaan Batik Citrawarna, Azrul Batik, Nies Batik, Dean Batik, Mey Batik, Unggul Art and Design Sdn. Bhd. dan banyak lagi.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan