HALAMAN

Selasa, 12 Mac 2013

WARNA-WARNI HARI KRAF KEBANGSAAN 2013


Bertepatan dengan tema Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2013 pada tahun ini, "Cubism" yang masih lagi mengekalkan warna 'pop art', pelbagai warna menghiasi ruang jualan dan pameran di Kompleks Kraf Kualan Lumpur, Jalan Conlay. HKK 2013 yang telah membuka 'tirai' bermula pada 27 Februari hingga 11 Mac 2013 telah mendapat sambutan hangat daripada pelbagai golongan masyarakat sama ada dari dalam dan luar negara.


Hati saya begitu teruja melihat kepada susun atur dan hiasan khemah yang begitu gah serta tersusun pada tahun ini. Rekaan baru yang diperkenalkan oleh pereka-pereka Kraftangan Malaysia di bawah jenama PREKA turut mendapat sambutan yang menggalakkan. Warna-warna yang ditampilkan sangat menarik dan ceria.


Ruangan jualan kraf turut diselitkan dengan beberapa aktiviti demonstrasi pelbagai jenis kraf yang kian pupus ditelan zaman yang dibawakan khas dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia bagi memperkenalkan seni kraf ini kepada masyarakat khususnya generasi muda. Usahawan-usahawan kraf yang lain juga begitu peramah dan menyambut kedatangan pengunjung dengan senyuman menawan? tak percaya? lihat saja wajah-wajah ceria usahawan negeri Selangor dan Kuala Lumpur di bawah ni. Walaupun penat tapi senyuman masih 'maintain'. Hehehehe....

Demonstrasi masakan tradisional dari seluruh negeri juga turut memeriahkan HKK pada kali ini dan apa yang menariknya, kita boleh menikmati masakan ini 'panas-panas' kerana jurudemo masakan tersebut akan masak secara 'live' setelah menerima tempahan pelanggan. Menarik kan? Apa kata jom kita tengok suasana HKK 2013 kali ini!






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan