Ahad, 28 November 2010

KRAF SEBAGAI SUMBER PENDAPATAN LUMAYAN






Kraftangan tempatan semakin diminati. Pelbagai produk kraf seperti batik, anyaman rotan bermutu keluaran tempatan menjadi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Menurut Pengurus Malina Kraf, syarikat yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Abdul Manap Dahalan dan Salmah Ahmad menyediakan pelbagai produk anyaman rotan dan buluh seperti bakul, dulang, tudung saji serta pasu yang dianyam dengan pelbagai bentuk dan dicat dengan pelbagai kombinasi warna menarik.

Manap berkata, pengalaman lebih 20 tahun dan minat yang mendalam terhadap seni anyaman adalah faktor utama beliau dan isteri menubuhkan syarikat itu.

"Syarikat ini ditubuhkan sejak tiga tahun lalu dengan mendapat bantuan mesin, promosi, khidmat nasihat dan peralatan daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia dan Kemas," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Fauzi Abdul Majid, 35, memilih untuk menghasilkan produk kraf melalui bahan daripada alam semulajadi seperti upih, mayang pinang, sabut kelapa, dan buah pinang sebagai idea utama produk keluaran syarikat beliau, Attitude Planet Art (A.P.A) dengan kerjasama rakannya, Hisham Kamarudin.

"Pendapatan bulanan saya mencecah RM3,000 hingga RM4,000. Ini membuktikan bahawa produk seni kraf boleh memberi keuntungan Iumayan jika dibuat dengan betul, selain menembusi pasaran luar negara seperti Perancis, Jepun dan Jerman," katanya.

Seorang lagi pengusaha kraf, Rostam Affandi Abd Rashid, 45, memilih untuk berhenti kerja di sektor kerajaan untuk menubuhkan syarikat Qistina Green Garden Craft dengan menghasilkan produk berasaskan ukiran kayu.

"Setiap ukiran berbeza dan mempunyai keunikannya tersendiri serta dihasilkan daripada kayu cengal berkualiti tinggi dijual dengan harga RM190 hingga RM3,000," katanya.

- Laporan Berita Harian

JOM MERIAHKAN LAMAN BUDAYA RAKYAT 1MALAYSIA




Program Laman Budaya Rakyat 1Malaysia merupakan program yang telah anjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama pihak Karyawan serta dibantu oleh agensi-agensi di bawah Kementerian ini telah diadakan di Perkarangan Restoran Warisan, Dataran Merdeka bermula pada 9 Oktober 2010 yang lalu pada jam 5.00 petang sehingga 10.30 malam.




Pelbagai aktiviti diadakan bagi memperkenalkan budaya rakyat Malaysia diantaranya persembahan karaoke terbuka kepada pengunjung, persembahan artis/band, aktiviti interaktif kraf, jualan buku, makanan tradisional, lukisan dan hasil seni tempatan, kuiz dan banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan.



Untuk makluman, program ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu setiap minggu dari bulan Oktober sehingga Disember. Banyak aktiviti menarik yang disediakan. Jom kawan-kawan, datang beramai-ramai..................

Selasa, 9 November 2010

PENDIDIKAN KRAF MENCANTING BATIK





Pada 2 November 2010 yang lalu, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah mendapat jemputan bagi mengadakan aktiviti Pendidikan Kraf Mencanting Batik dan Pameran Buku Kraf bertempat di Sekolah Kebangsaan Bandar baru Selayang 2, Selayang. Seramai hampir 500 peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan ianya melibatkan daripada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6.






Aktiviti pendidikan kraf mencanting batik ini diadakan sempena Sambutan Hari Seni di sekolah ini. Terdapat juga sudut pameran bagi mempamerkan hasil kreativiti para pelajar.






Dapat diperhatikan para pelajar begitu berminat bagi mencuba mencanting sendiri dan mereka mempunyai minat serta kesungguhan bagi menyiapkan lukisan batik tersebut. Pihak sekolah amat berterima kasih dengan penganjuran aktiviti ini dan berharap agar aktiviti seumpama ini diadakan lagi di masa akan datang. Kepada pihak Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang 2, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

SELAMAT HARI LAHIR SYIDA.....






Pada 26 Oktober 2010 yang lalu, satu jamuan telah diadakan bagi meraikan ulang tahun kelahiran seorang anggota kerja Cawangan Selangor iaitu Cik Mursyida. Jamuan kecil-kecilan ini diadakan pada waktu rehat dan telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada En. Rushdan dan seterusnya bacaan doa. Kepada Syida, kami ucapkan "Selamat Hari Lahir" dan semoga panjang umur serta sentiasa dimurahkan rezeki. Amin....



ANES SEMOGA CEPAT SEMBUH.... AMIN






Baru-baru ini salah seorang anggota kerja di Cawangan Selangor iaitu Pn. Yuhanes telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Satu lawatan telah diadakan ke sana bagi melawat beliau dan bertanya khabar. Beliau telah di tahan di wad selama beberapa hari sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya di AU2, keramat. Kepada Anes, pihak pengurusan dan seluruh anggota kerja mendoakan semoga awak cepat sembuh.

LAMAN BUDAYA RAKYAT KUALA LUMPUR






Baru-baru ini telah berlangsungnya Laman Budaya Rakyat yang dianjurkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bertempat di hadapan Restoran Warisan, Dataran Merdeka. Program ini diadakan pada setiap minggu (hari Sabtu sahaja) bermula pada 9 Oktober 2010 dari jam 5.00 petang hingga 10.30 malam.

Aktiviti yang dijalankan pada setiap hari Sabtu (setiap minggu) ini diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak Karyawan dalam menonjolkan bakat-bakat baru dalam industri muzik tanah air di samping membuka peluang penyertaan kepada pelukis-pelukis yang berdaftar dengan Balai Seni Negara untuk mempamer dan menjual karya-karya mereka kepada orang ramai.







Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor pula telah mengambil bahagian dalam memperkenalkan seni kraf tempatan kepada para pengunjung di mana pada setiap minggu pelbagai aktiviti pendidikan kraf dijalankan seperti mewarna permukaan seramik, mewarna kipas dan mencanting batik. Aktiviti demonstrasi anyaman rotan turut diselitkan bagi memperkenalkan seni anyaman rotan kepada pelancong yang datang.





Di samping itu juga, terdapat penyertaan daripada Perpustakaan Negara yang mengadakan sesi jualan buku dan mengadakan kuiz yang terbuka kepada pengunjung. Selain iut, Jabatan Warisan Negara telah membuka gerai jualan makanan tradisi seperti keropok lekor, nasi lemak, goreng pisang, karipap dan sebagainya. Walaupun sambutan pada awalnya nampak suram namun usaha yang berterusan perlu digiatkan bagi memperkenalkan program ini kepada orang ramai di masa akan datang.

RAYA DATANG LAGI........





Sambutan Hari Raya pada tahun 2010 telah diadakan pada 8 Oktober 2010 bersamaan dengan 29 Syawal 1431 hijrah. Sambutan kali ini amat meriah sekali walaupun ianya tidak dirancang. Jamuan yang berkonsepkan 'pot luck' ini amat menarik kerana setiap anggota kerja membawa makanan sendiri untuk dihidangkan kepada tetamu. Pelbagai menu menarik yang dibawa seperti ayam goreng KFC, Bihun soto, kek coklat, bihun dan koew tiew goreng, nasi impit, buah-buahan dan pelbagai jenis kuih raya.









Aktiviti dilakukan secara bergotong-royong dan setiap anggota kerja mempunyai peranan masing-masing. Sambutan ini juga telah dimeriahkan dengan kehadiran beberapa anggota kerja dari Cawangan Kedah iaitu En. Abdul Gani, En. Rahman dan En. Md. Zain yang kebetulan mempunyai lawatan kerja ke Cawangan Selangor dan Pusat Inkubator Kraf Batu di Petaling Jaya.



Biarpun jamuan ini nampak kecil namun kegembiraan dan kemeriahan sambutan Hari Raya dapat dirasai oleh seluruh anggota kerja Kraftangan Cawangan Selangor. Semoga aktiviti seperti ini berterusan kerana ianya dapat mengeratkan tali silaturrahim di kalangan anggota kerja.




Selamat Hari Lahir Shafiq dan Juju





Selamat hari lahir,
Selamat hari lahir,
Selamat hari lahir kepada Shafiq dan Juju,
Selamat hari lahir.







Kami seluruh warga Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat Shafiq dan Juju. Semoga Allah memberi rahmat dan memanjangkan usia kedua-dua mereka serta sentisa dilimpahkan rezeki berpanjangan. Amin.

AKTIVITI BIMBINGAN TEKNIKAL KRAF MANIK KRISTAL










Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan aktiviti Bimbingan Teknikal Kraf Manik Kristal Bersama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM)Sealngor pada 4 dan 5 Oktober yang lalu seperti berikut:-


Peserta : Seramai 17 orang peserta wanita
yang terdiri daripada saudara baru dan
ibu tunggal.

Tarikh : 4 Oktober hingga 5 Oktober 2010

Tempat : Pusat Latihan Kanak-kanak PERKIM,
Masjid At-Taqwa ,Selayang Baru.

Produk yang dihasilkan : Bunga Telur Kraf Manik

Tenaga Pengajar : Encik Yusof Ahmad

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penghasilan produk bunga telur manik di kalangan saudara baru dan ibu tunggal bagi dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan keluarga. Aktiviti selama 2 hari ini amat bermakna sekali kerana keseluruhan peserta dapat mempelajarinya dengan baik dan berhasrat untuk mengembangkan lagi usaha untuk menjadikan kraf manik ini sebagai aktiviti yang dapat meringankan beban kewangan mereka seharian. Kepada semua peserta, kami di Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor mengucapkan Selamat Maju Jaya!