Isnin, 31 Oktober 2011

BUNGA YANG HILANG SUDAH BERGANTI


Kami warga KMCS mengucapkan “Selamat datang dan selamat memulakan tugas” kepada Puan Suzita binti Mohd Sawi yang telah menggantikan tempat Cik Noor Iza binti Kassim yang telah bertukar ke Bahagian Rekaan Ibu Pejabat baru-baru ini. Sebelum ini, Puan Suzita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Sue merupakan Pereka di Bahagian Rekaan Ibu Pejabat, namun kini beliau telah ditempatkan di Unit Usahawan KMCS bagi menggambil alih tugas-tugas Cik Noor Iza. Kepada Kak Sue, “jangan malu, jangan segan jika perlukan pertolongan kami di sini”.

“Kembang mekar bunga kantan,

Minyak yang penuh jangan ditatang,

Salam dihulur tanda persahabatan,

Kami mengucapkan Selamat Datang”.




‘TABUNGAN SYURGA’… BERZAKATLAH

Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Ucapan alu-aluan daripada Puan Pengarah

Masing-masing khusyuk mendengar ceramah dan perkongsian pengalaman olah Ustaz Halim

Amboi, En. Dan kita sedang tulis apa tu?

Menguruskan kehidupan duniawi memang penuh cubaan dan cabaran. Apatah lagi kepada orang-orang yang telah dikurniakan harta dan kekayaan. Bagi seorang Muslim yang mahukan keberkatan terhadap harta dan kekayaan yang dimiliki, mereka perlulah memastikan setiap anugerah yang dikurniakan oleh Allah digunakan dengan sebaik-baiknya. Mereka yang mampu perlulah mengeluarkan zakat bagi membersihkan harta yang dimiliki dan ia merupakan ‘Tabungan Syurga’.

Oleh yang demikian, baru-baru ini, KMCS telah menjemput seorang penceramah dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu Ustaz Halim bin Din. Sesi ceramah telah diadakan di Bilik Mesyuarat KMCS tepat jam 10.30 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari. Seramai 15 orang warga kerja KMCS telah hadir pada sesi ceramah tersebut. Warga kerja KMCS juga dianjurkan oleh pihak LZS untuk memilih Skim Berkat iaitu kemudahan pembayaran zakat melalui potongan gaji. Pembayarannya tidak terhad kepada zakat pendapatan sahaja tetapi zakat-zakat harta yang lain termasuk qadha zakat.

Antara intipati ceramah yang telah disentuh oleh Yang Berbahagia Ustaz ialah :

A. SYARAT WAJIB ZAKAT


· ISLAM - Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
· MERDEKA - Individu yang bebas iaitu bukan hamba abdi. Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
· SEMPURNA MILIK - Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki
dan dikawal sepenuhnya.
·
CUKUP NISAB - Paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu
wajib dikeluarkan atau tidak.
Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu
20 misqal emas bersamaan 85 gram emas.

· CUKUP HAUL - Genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun
Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi.


B.
JENIS-JENIS ZAKAT

·
Pendapatan, Perniagaan, Simpanan, Emas, Perak, KWSP, Saham, Padi, Ternakan dan Qadha Zakat

Dengan ceramah yang diberikan, banyak maklumat yang diperolehi dan dikongsi bersama oleh semua warga kerja KMCS. Ramai warga kerja yang mengisi borang potongan gaji untuk membuat potongan zakat. Mudah-mudahan Allah membuka pintu hati untuk semua warga kerja Kraftangan Malaysia mengeluarkan zakat pendapatan secara tetap melalui potongan gaji. Syabas dan Syukur Alhamdulillah kepada warga kerja KMCS.

"Ramai orang menggali perigi,

Ambil buluh lalu diikat,
Ilmu dicari tak akan rugi,
Buat bekalan dunia dan akhirat".



Ustaz menunjukkan Borang Skim Berkat melalui kaedah ptongan gaji




En. Dan mewakili Puan Pengarah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Halim Din

PETUA MENDAPAT ANAK SOLEH DAN SOLEHAH



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Isnin (31 Oktober 2011) telah disumbangkan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Petua Mendapat Anak Soleh dan Solehah".

Jumaat, 28 Oktober 2011

HILANGNYA SEKUNTUM BUNGA KMCS…


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Muin

Pada tanggal 17 Oktober 2011 yang lalu, telah diadakan satu Majlis Perpisahan buat Cik Noor Iza binti Kassim yang telah mendapat arahan bertukar ke Ibu Pejabat di bawah Bahagian Rekaan. Suasana sugul dan tidak ceria sudah kelihatan beberapa hari sebelum majlis ini diadakan. Masing-masing bersedih kerana kami di KMCS akan kehilangan sekuntum bunga yang sentiasa menyerikan suasana di sini. Kata pepatah ‘patah tumbuh hilang berganti’ namun yang berganti sudah tentu tidak sama dengan yang hilang.

Sejak awal pagi, kami warga KMCS sudah sibuk menyediakan persediaan bagi menjayakan majlis ini. Walaupun dengan hati yang sedikit berat, namun kami akur dengan perpisahan ini dan cuba melakukan yang terbaik buat Iza pada hari terakhir beliau di sini. Tidak kira lelaki mahu pun perempuan, masing-masing menyinsing lengan membantu kerja-kerja di dapur. Puan Pengarah telah ‘menyibukkan’ Iza dari pagi dengan pelbagai kerja supaya dapat menghalang Iza daripada menjenguk persiapan yang kami lakukan. Strategi Puan Pengarah nampaknya berhasil. Dek kerana kesibukan menyiapkan tugasan terakhir di KMCS, beliau langsung tidak sempat menjenguk ke luar.

Fikiran kami mula melayang apabila tayangan video dimainkan. Terasa bagaikan cepat masa berlalu pabila terkenangkan banyak kenangan kami bersama Iza di KMCS...


Pada jam 2.00 petang, segala persiapan telah siap dan majlis telah dimulakan pada 2.30 petang. Didahulukan dengan bacaan doa, majlis dimulakan dengan ucapan daripada Puan Pengarah, rakan-rakan KMCS dan seterusnya tibalah masa mendengarkan ucapan orang yang diraikan. Suasana hening dan sebak telah menyelubungi kami dan ada ramai yang mengalirkan air mata kesedihan. Ketika tayang video dimainkan, semuanya diam seribu bahasa. Fikiran kami jauh melayang mengimbau kembali saat-saat bersama sepanjang bertugas bersama.

Ucapan Iza amat menyentuh hati kami kerana masing-masing berat hati untuk berpisah...

En. Dan begitu sedih kerana sekuntum bunga di KMCS telah disambar orang...

Huhuhu... Sabar Anes...

Namun, sudah menjadi adat bagi kita yang bergelar kakitangan kerajaan supaya akur arahan yang telah dikeluarkan. Kami di KMCS mendoakan yang terbaik buat Iza dan mengucapkan ‘Selamat Bertugas di Tempat Baru”. Walaupun, selepas ini jarak kita sedikit berjauhan, namun persahabatan kita akan tetap berkekalan dan bertambah erat, insya-Allah. Buat Cik Noor Iza, “Selamat Maju Jaya”!


“Kalau tidak kerana unggas,

Tidaklah rosak padi di sawah,

Kalaulah tidak kerana tugas,

Tidaklah kita akan berpisah.


Suasana sebak mula menguasai keadaan sehinggakan air mata mulai sukar dibendung...


Erm... Iza begitu teruja apabila melihat 'hadiah misteri' yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan dan Puan Pengarah...


Ha... bagi yang tidak tahu, sebenarnya ada cerita di sebalik baju ini... Namun segalanya dipermudahkan oleh-Nya, alhamdulillah...

Wah, inilah hasil air tangan rakan-rakan dan Puan Pengarah untuk dinikmati bersama pada majlis perpisahan ini...

SANTAPAN ROHANI - BERKATA BAIK ATAU LEBIH BAIK DIAM



Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Jumaat (28 Oktober 2011), telah disumbangkan oleh Marshila binti Marzuki bertajuk, "Berkata Baik atau Lebih Baik Diam".

TAZKIRAH MINGGUAN - BUKAN DARI GOLONGAN KAMI………YANG TIDAK MELAGUKAN AL-QURAN.

Marilah sama-sama kita menghayati sambungan hadith 13 : Bukan Dari Golongan Kami……… Yang Tidak Melagukan Al-Quran, yang dipetik dari buku BUKAN DARI GOLONGANKU… Himpunan Ustaz Kamil Ashaari dan Nafisah Binti Hj. Md. Tahir cetakan pertama Ogos 2007.

Selasa, 25 Oktober 2011

I-REKA - AKSESORI ELEGAN DAMBAAN WANITA







Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Selasa (25 Oktober 2011) telah disumbangkan oleh Bank Artikel KMCS bertajuk, "Aksesori Elegan Dambaan Wanita".

Isnin, 24 Oktober 2011

PETUA - MENGELAKKAN BARAH


Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Isnin (24 Oktober 2011) telah disumbangkan oleh cik Zuridah binti Zainal Abidin bertajuk, "Petua Menggelakkan Barah".

Jumaat, 21 Oktober 2011

SANTAPAN ROHANI - FADHILAT SURAH YASIN



Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Jumaat (21 Oktober 2011) telah disumbangkan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid bertajuk, "Fadhilat Surah Yasin".

Khamis, 20 Oktober 2011

TERUJA MELIHAT STATISTIK PELAWAT BLOG KMCS....


(sila klik gambar bagi paparan yang lebih jelas)



Tahniah kepada semua team sidang redaksi blog KMCS yang telah bekerja keras dalam memberikan yang terbaik bagi memastikan blog ini dikemaskini pada setiap hari sehingga jumlah pelawat blog telah meningkat dari hari ke hari. Apa yang lebih mengejutkan, ramai juga pelawat yang telah melawat blog ini sejak Mei tahun 2009 hingga kini dan ada sebahagian pelawat daripada luar negara seperti Argentina, United State dan lain-lain (data diperoleh berdasarkan jumlah statistik blog oleh blogger.com). Kerjasama kalian telah membuatkan kami di KMCS lebih bersemangat untuk meneruskan usaha bagi meyediakan maklumat-maklumat yang terbaik, insya-Allah.




(Sila Klik pada gambar bagi paparan yang lebih jelas)


Kami di KMCS juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca serta pengikut setia blog KMCS kerana telah sudi meluangkan masa untuk membaca entry-entry terkini serta memberikan komen bagi menambahbaik pengisian blog kami. Jasa kalian tidak kami lupakan... Terima kasih semua...



(Sila klik pada gambar bagi paparan yang lebih jelas)

MOTIVASI - CERITA-CERITA MOTIVASI DAN INSPIRASI DIRI…

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Khamis (20 Oktober 2011) telah disediakan oleh Syahrul Hakimi bin Setapa bertajuk, "Cerita-Cerita Motivasi dan Inspirasi Diri".

Rabu, 19 Oktober 2011

I-REKA - BEG TANGAN UNIK






Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Rabu (19 Oktober 2011) telah disediakan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Beg Tangan Unik".

MUTIARA KATA...


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!


Selasa, 18 Oktober 2011

PENYAMBUNG WARISAN…

Tok Batin Nengkak Anak Mat

PENYAMBUNG WARISAN… 7 Oktober 2011, Seawal jam 8.30 pagi, Kami memulakan perjalanan meninggalkan perkarangan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) menuju ke destinasi yang tidak asing lagi bagi kami iaitu Pulau Carey yang terletak di daerah Kuala Langat. Misi kami pada kali ini berbeza dan tidak seperti kebiasaannya. Kalau dahulu kami lebih sinonim dengan Perkampungan Orang Asli Mahmeri di Kampung Sungai Bumbun namun pada kali ini, sesuatu yang baru kami usahakan. Setelah dua jam tiga puluh minit perjalanan merentasi kawasan bukit-bukau, bandaraya Shah Alam serta kawasan ladang kelapa sawit maka sampailah kami ke tempat yang dituju, Perkampungan Orang Asli Kaum Mahmeri, Kampung Sungai Kurau, Pulau Carey.

Apa yang menarik, kedatangan kami disambut baik oleh penduduk di sana. Kami telah ditemukan dengan ketua masyarakat Orang Asli iaitu Tok Batin Nengkak Anak Mat serta beberapa penduduk Orang Asli setempat. Tujuan sebenar kami ke sana adalah untuk mencari pakar-pakar ukiran serta golongan muda-mudi yang berminat dalam mengikuti Bengkel Latihan Jangka Pendek (LJP) Penghasilan Produk Kraf Orang Asli Ukiran Kayu di Kampung Sungai Kurau. Satu perbincangan telah diadakan bersama masyarakat Orang Asli setempat bertempat di perkarangan rumah Tok Batin. Ia diadakan bagi mendapat persetujuan serta membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan semasa Bengkel LJP tersebut.

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia telah meyediakan bengkel gunasama untuk kegunaan Orang Asli Sungai Kurau dan bengkel tersebut masih lagi dalam proses akhir pembinaan. Ternyata masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Kurau tertunggu-tunggu untuk menggunakan bengkel tersebut bagi menghasilkan produk-produk Kraf Ukiran Kayu.

Di kala jam menunjukkan pukul 2.00 petang, kami memulakan perjalanan meninggalkan Perkampungan Orang Asli Sungai Kurau dengan seribu harapan...Harapan kami agar bengkel tersebut dimanfaatkan oleh semua yang terlibat dan segala harta benda yang telah disumbangkan oleh Kraftangan Malaysia akan digunakan dengan penuh rasa tanggungjawab demi kesinambungan generasi Orang Asli akan datang…


Sue dan Akmal tekun mendengar penerangan Tok Batin Nengkak


Tersedia untuk diguna pakai oleh pengukir setempat

Bengkel ukiran yang dalam pembinaan akhir


Antara penduduk Orang Asli yang akan mengikuti (LJP)