Jumaat, 26 Ogos 2011

PETUA - MENGHILANGKAN BAU BADAN



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Jumaat (26 Ogos 2011) merupakan sumbangan bank artikel blog KMCS bertajuk "Petua Menghilangkan Bau Badan".

Khamis, 25 Ogos 2011

Lawatan Mahabbah Ramadhan Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri

Alhamdullilah~Bersempena dengan kehadiran Ramadhan Al-Mubarak kali ini, Kelab Sukan KSKKMCS telah mengadakan satu lawatan kebajikan ‘Mahabbah Ramadhan’ berserta penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri. Lawatan ini telah dihadiri oleh Pengarah, Puan Ruslah Khalid disertai oleh Cik Mursyida, Puan Suriyani, Encik Akmal dan penulis sendiri, Cik Iza Kassim.

KSKKMCS telah memilih usahawan kraf batik iaitu Encik Abeng Brahim untuk menerima sumbangan Hari Raya Aidilfitiri pada kali ini. Kami telah membuat lawatan ke kediaman beliau bertempat di Pangsapuri Sri Setia, Rawang.

Semoga program sebegini dapat memupuk budaya bersedekah di kalangan Warga KMCS bagi menyumbang bakti sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Di samping dapat memberi sedikit sinar keceriaan buat mereka yang memerlukan. Secara tidak langsung ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama insan dan menjadi satu acara kebajikan tahunan di kalangan warga KMCS. Semoga usaha yang sedikit ini diberkati dan mendapat rahmat dari-Nya. Insya-Allah.


SANTAPAN ROHANI - KELEBIHAN RAMADHAN

Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Khamis (25 Ogos 2011) telah disumbangkan oleh Sri Norhafeeza binti Abdul Razak, bertajuk "Kelebihan Ramadhan".

Rabu, 24 Ogos 2011

I-REKA - WARNA



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Rabu (24 Ogos 2011) telah disumbangkan oleh Lilis Suriyani binti Abdul Manaf, bertajuk "Warna".

Selasa, 23 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Kami, warga KMCS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kami menghulur sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala kesalahan dan kekhilafan selama ini. Gunakan peluang di hari lebaran ini untuk memohon kemaafan sesama kita dan mengeratkan lagi hubungan yang terjalin dengan amalan kunjung mengunjung.

Bulan Ramadhan Bulan Mulia,
Bulan Rahmat Al-Quran Diturunkan,
Buat Kebajikan Pahala Berganda,
Maaf dan Keampunan Kami Pohonkan.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ikhlas dari kami warga KMCS

MOTIVASI - BELAJARLAH DARI WONDER PETS



Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, Selasa (23 Ogos 2011) telah disumbangkan oleh Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid bertajuk, "Belajarlah Dari Wonder Pets" .

Isnin, 22 Ogos 2011

PETUA - DAUN SIRIH






Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini, Isnin (22 Ogos 2011) telah disumbangkan oleh Cik Zuridah binti Zainal Abidin, bertajuk "Petua Daun Sirih".

Jumaat, 19 Ogos 2011

SANTAPAN ROHANI - 10 KEUTAMAAN MENGHUBUNGKAN UKHUWAH

Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Jumaat (19 Ogos 2011) telah disumbangkan oleh Encik Rushdan bin Ahmad, bertajuk "10 Keutamaan Menghubungkan Ukhuwah" .

Khamis, 18 Ogos 2011

KAMI DATANG LAGI~ Kali ini ke Perkampungan Orang Asli di Batu 11, Gombak.



3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan, Unit Usahawan telah mengadakan satu lagi temu janji bersama sukarelawan produk kraf Orang Asli iaitu Cik Rieta Rahim untuk melawat sebuah lagi perkampungan Orang Asli di Batu 11, Gombak. Kunjungan ini turut disertai Pengarah, Puan Ruslah bersama Ketua Unit Usahawan, Cik Iza Kassim dan Puan Suriyani. Lawatan kami bertujuan melihat sendiri masyarakat Orang Asli di sini menghasilkan produk-produk kraf di samping mengenalpasti bantuan yang diperlukan oleh mereka.

Perjalanan kami kali ini agak menarik dengan terpaksa berjalan kaki, mendaki anak bukit dan merentasi anak sungai untuk sampai ke kawasan perkampungan orang asli suku Semai ini. Senyuman sentiasa terukir dan tidak lekang dari mulut kami sepanjang laluan untuk sampai ke sebuah rumah. Kami telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh Cik Reita Rahim bahawa Orang Asli suku Semai ini menghasilkan produk kraf yang diperbuat daripada buluh, rotan dan kulit kayu.

Setibanya kami di sana, kami diperkenalkan dengan Encik Bah Muda dan Encik Raman Bah Tuin dari suku etnik ini yang menjalankan aktiviti menghasilkan produk kraf daripada buluh dan kulit kayu seperti sumpit, bubu buluh dan seruling. Kehadiran rombongan kami disambut mesra oleh Encik Bah Muda sekeluarga. Lebih menarik lagi, inilah pengalaman pertama saya masuk dan menjejaki ke dalam rumah yang perbuat daripada buluh. Lirikan mata saya asyik melihat lantai dan dinding rumah buluh ini yang sungguh unik. Macam tidak percaya sahaja saya boleh berada dalam rumah ini. Hihihi.. ;)

Kami sungguh terpegun dan teruja melihat hasil produk daripada buluh dan hasil anyaman yang begitu halus dan cantik. Selain itu, etnik Semai yang dahulu dikenali sebagai suku Kercang ini juga menghasilkan pakaian daripada kulit kayu yang sering digunakan dalam upacara tarian Sewang.

Rombongan kami juga telah diperkenalkan dengan permainan Orang Asli suku Semai ini yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu Tekak Buaya, Komak dan Jakrenoi. Sepanjang temubual bersama Encik Raman, kami dihidangkan dengan halwa telinga daripada petikan gitar Encik Bah Muda yang diperbuat daripada buluh dan lebih kenali sebagai Ke’reb.

Buat pengetahuan semua, Encik Bah Muda dan Encik Raman berkebolehan meniup seruling menggunakan nafas hidung. Kepakaran beliau dalam menghasilkan bubu buluh, peralatan muzik dan memainkan peralatan muzik daripada buluh ini tidak dapat dipertikaikan lagi. Encik Raman sentiasa mendapat undangan membuat persembahan tiupan seruling ini. Menurut Cik Rieta, dalam kumpulan Orang Asli di sini, beliau antara yang memiliki kemahiran terbaik dalam menghasilkan produk seperti bubu buluh, sumpit dan permainan Orang Asli.

Banyak pengalaman dan kenangan indah yang dapat kami perolehi sewaktu berkunjung ke penempatan Orang Asli suku Semai ini. Selain kreatif dan berkemahiran tinggi dalam menghasilkan kraftangan, paling tidak dilupakan layanan mesra mereka membuat kami ingin berkunjung lagi ke sana.

Terima kasih Encik Bah Muda dan Encik Raman, semoga sejahtera selalu dan juga Cik Rieta Rahim yang tidak pernah jemu menyelami keistimewaan dan keunikan Orang Asli. :)


Rumah dan Ruang Kerja Encik Bah Muda



Antara Produk Kraf yang dihasilkan

Seruling Buluh

Alat Permainan Orang Asli



Tekun sungguh Pn. Suriyani mencuba alat permainan tu.. Hihi..

Walaupun penat dari mencari hasil hutan, Encik Raman tetap memberikan kerjasama kepada rombongan kami.

Encik Bah Muda dan tiupan serulingnya

Dihidangkan dengan Halwa Telinga daripada alunan petikan Ke'reb
sungguh mengasyikkan




Hati-hati Bos.... :)





Selamat Jalan dan Jumpa Lagi... :)

I-REKA - GUBAHAN WARNA



Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini Khamis (18 Ogos 2011) telah disumbangkan oleh Cik Noor Iza binti Kassim bertajuk, "Gubahan Warna".

Selasa, 16 Ogos 2011

SALAM NUZUL AL-QURAN


Kami, warga KMCS mengambil kesempatan ini mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada seluruh umat Islam walau di mana saja berada. Marilah, kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan menambahkan amal ibadat dan memohon keampunan daripada Allah.

NUZUL Al-QURAN

Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi S.A.W hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad S.A.W. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Apabila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi S.A.W maka, ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah, inilah sebenarnya kelebihan Al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam Al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam Al-Quran.

Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan Al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, Al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi S.A.W ayat Al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, - Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


Sumber dari - http://www.jundullahosman.com/


MOTIVASI - 7 PERKARA YANG MEMBUATKAN ANDA BERMOTIVASI DI WAKTU PAGI

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Selasa (16 Ogos 2011), telah disumbangkan oleh Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal, bertajuk "7 Perkara Yang Membuatkan Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi" .

Jumaat, 12 Ogos 2011

SANTAPAN ROHANI - SERBUK KAYU MENJADI TEPUNG

Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada Jumaat (12 Ogos 2011) telah disumbangkan oleh Mursyida Md Isa @ Mansor bertajuk, "Serbuk Kayu Menjadi Tepung".

Khamis, 11 Ogos 2011

I-REKA - SENI CATAN

Artikel di ruangan I-Reka pada hari ini Khamis (11 Ogos 2011) telah disumbangkan oleh Marshila binti Marzuki bertajuk, "Seni Catan" .


Rabu, 10 Ogos 2011

MOTIVASI - JANGAN MEMPERGUNAKAN BULAN RAMADHAN

Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini Rabu (10 Ogos 2011) telah disumbangkan oleh Puan Rosmawati binti Zubir bertajuk, "Jangan Mempergunakan Bulan Ramadhan" .

PETUA - TIPS/ PETUA KESIHATAN



Artikel bagi ruangan Petua pada hari ini Rabu (10 Ogos 2011) telah disumbangkan oleh Cik Amalina binti Rossli, bertajuk "Tips/ Petua Kesihatan".



Selasa, 9 Ogos 2011

MOTIVASI - PENGGAGAL KEPADA KEJAYAAN

Marilah, kita sama-sama menghayati artikel di ruangan Motivasi yang telah disiarkan pada hari ini, Selasa (9 Ogos 2011) bertajuk, "Penggagal Kepada Kejayaan" .

Isnin, 8 Ogos 2011

Jumaat, 5 Ogos 2011

Khamis, 4 Ogos 2011

Rabu, 3 Ogos 2011

SENARAI WARGA KMCS YANG TERLIBAT BAGI WP1 DAN WP2 SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Sempena bulan ramadhan ini, KMCS telah melaksanakan Waktu Berkerja Berperingkat (WBB) dan beberapa anggota kerja telah memilih untuk bekerja mengikut Waktu Peringkat 1 (WP1) yang akan memulakan kerja pada jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan ada beberapa anggota kerja yang memilih WP2 bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang.


Senarai anggota kerja yang terlibat bagi WP1 adalah seperti berikut:

BIL.

NAMA ANGGOTA KERJA

UNIT

1.

Puan Yuhanes binti Abdullah

Unit Pentadbiran

2.

Cik Amalina binti Rossli

Unit Kewangan

3.

Encik Khairul Akmal bin Sufyan

Unit Pentadbiran

4.

Cik Noor Iza binti Kassim

Unit Usahawan

5.

Puan Lilis Suriyani binti Abdul Manaf

Unit Usahawan

6.

Cik Marshila binti Marzuki

Unit Rekaan

7.

Cik Zuridah binti Zainal Abidin

Unit Promosi dan Pemuliharaan

8.

Cik Sri Noorhafeeza binti Abdul Razak

Unit Promosi dan Pemuliharaan


Senarai anggota kerja yang terlibat bagi WP2 adalah seperti berikut:

BIL.

NAMA ANGGOTA KERJA

UNIT

1.

Puan Ruslah binti Khalid

Pengarah

2.

Puan Zailah binti Zaid

Timbalan Pengarah

3.

Encik Rushdan bin Ahmad

Unit Pentadbiran dan Kewangan

4.

Puan Rosmawati binti Zubir

Unit Pentadbiran

5.

Encik Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid

Unit Pentadbiran

6.

Cik Mursyida binti Md Isa @ Mansor

Unit Promosi dan Pemuliharaan

7.

Puan Nawwar Hidayah binti Di Nek Kamal

Unit Rekaan

8.

Encik Mohd Ridzuan bin Harudin

Unit Rekaan

9.

Encik Syahrul Hakimi bin Setapa

Unit Usahawan


*Sehubungan dengan itu, kerjasama baik tuan/ puan yang ingin berurusan bersama anggota kerja yang terlibat perlulah dibuat mengikut waktu bekerja seperti yang telah dinyatakan di atas. Harap maklum.

Sekian, terima kasih.