Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Semua orang tahu bahawa meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa a.s.
Kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga dan dia tiada zuriat. Lalu, terdetik di dalam hatinya, (dia bernazar), “Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, dengan kuasa Allah, isteri si lelaki tadi pun hamil dan selamat melahirkan anak.
Apabila sudah dapat anak, lelaki ini pun mula runsing. Dia sudah nazar akan minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak itu, dengan perasaan susah hati, pergi bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina daripada air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun dengan senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.
Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat. Sehinggakan air yang jatuh dari bumbung rumah mereka, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, kita selalu suka makan masakan yang dimasak oleh ibu dan isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana jika meninggalkan solat (kalau tidak uzur), air tangan anda akan menitik ke dalam setiap basuhan makanan seperti beras dan sebagainya. Anak-anak dan suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati makan dan minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamakkan?
Tapi, lain pula halnya dengan kita zaman sekarang. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pula segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Jadi, berhati-hatilah apa yang kita makan.
Betapa beratnya amalan solat ini hatta Allah mensyariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain hanya memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah sedang nazak, baginda sempat berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as-Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu”.
Sumber dari - http://www.petua.org/?p=277
Tiada ulasan:
Catat Ulasan