Khamis, 31 Mac 2011

BILA PERUT BERBUNYI…


Bila rasa gembira, orang cakap tepuk tangan. Bila perut berbunyi macam mana pula nak buat? Kalau tepuk perut jawabnya keluar angin sajalah… Erm bila perut berbunyi kenalah makan. Macam mana hendak makan kalau tiada makanan? Tambahan pula petang nanti ada tetamu dari JKKN Selangor hendak bertandang. Jadi kenalah ringankan tulang untuk masak. Bukannya apa, ia sebagai menyahut saranan kerajaan supaya mengambil langkah penjimatan berikutan kekangan peruntukan. Jadi, walaupun penat, tetap kami gagahi jua....



Jadi aktiviti kami untuk hari ini adalah masak-memasak. Bila Chef Anes, Chef Sue dan Chef Iza dah mula lipat lengan baju, maknanya adalah menu bagus untuk dikongsi bersama… Hehehe memang pakar memasak chef-chef KMCS kita ni … Nampaknya menu pada petang ini cucur ikan bilis atau lebih mesra dengan panggilan jemput-jemput bilis dan ada juga yang memanggilnya dengan nama ‘cekodok’ bilis. Tak kisahlah apa pun namanya yang penting itulah menunya.. Jom, kita jenguk-jenguk apa yang berlaku di dapur KMCS hari ini!


Rabu, 30 Mac 2011

ALKISAH SEBUAH CERITA...



Eeee… Geram!!! Geram aku geram, geram!! ! Geram!!! Geram!!!!!! (lagu melepaskan geram) Alkisahnya… Cerita ini bermula di kala perjalanan dua saudara iaitu En. Syahrul Hakimi sebagai pemandu dan En. Fathul Muin sebagai peneman pemandu, pulang dari Pusat Inkubator Kraf Petaling Jaya menuju kembali ke Pejabat KMCS di Rawang. Hatta semasa ini, kami dalam kenderaan sedang rancak berbual-bual kosong membuka cerita tentang isu-isu semasa. Arakian selepas itu, sedang asyik berborak, kami digemparkan dengan suatu bunyi yang amat KUAT dan DAHSYAT!!! “PPpSsstTtt…………”(kedengaran di bawah kenderaan). MasyaAllah!!! Kami terkejut pabila terdengar bunyi tersebut, lalu saudara Muin melihat ke bawah, namun tiada apa-apa yang berlaku.

Sayugia selepas itu, kami meneruskan perjalanan sambil menyambung kembali kisah yang terhenti sebentar tadi. Tetapi, kereta yang dipandu terasa begitu berat di hadapan. Tiba-tiba, kedengaran sekali lagi bunyi yang amat ganjil!!! “Klepek… Klepek.. Kkklepeeekkkk…” Dalam hati kami sahlah tayar kenderaan kami pancit. Lalu, kami pun memberi lampu kecemasan dan bergerak ke pembahagi jalan. Maka, bermulalah episod dua saudara bertukar menjadi mekanik kereta. Wah, bagus betul dua saudara ini bak kata orang multi-tasking. Macam inilah yang Pengarah suka.. Hehehe…. Jom saksikanlah episod kesedihan kami berdua…. Jeng… Jeng… Jeng……

MESYUARAT PERSEDIAAN BENGKEL BIMBINGAN TEKNIKAL 'ENAMELLING'


Selepas dua hari berhempas pulas bagi mengemas dan menghias Bilik Mesyuarat KMCS, akhir pada petang semalam, bilik tersebut telah ‘dirasmikan’ dan digunakan bagi mengadakan Mesyuarat Persediaan Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Encik Mat Rasul bin Sidek, Timbalan Pengarah, Bahagian Usahawan dan Ahli Jawatankuasanya terdiri daripada Puan Zailah, Timbalan Pengarah KMCS, Cik Noor Iza, Unit Usahawan KMCS, Encik Mohd Ridzuan, Unit Rekaan KMCS, Encik Syazwan, Puan Masnainiza dari Bahagian Usahawan, Puan Nurlaili dari Bahagian Rekaan dan Encik Khairul Hafizi dari IKN.

Bahagian Usahawan Ibu Pejabat telah melantik KMCS untuk menjadi sekretariat bagi mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling bertempat di Bengkel Jurusan Logam, IKN. Bengkel ini dijadualkan akan diadakan pada 10 hingga 15 April 2011 dan melibatkan seramai 30 orang usahawan logam dari seluruh negeri. Jutaan terima kasih kepada Pengarah Bahagian Usahawan atas peluang yang diberikan kepada KMCS untuk mengurusetiakan bengkel ini.

Wah, ini merupakan kali pertama KMCS menganjurkan bengkel bimbingan teknikal di negeri Selangor. Yang pasti, rakan-rakan terlibat akan sibuk dengan persembahan rekaan dan membuat persediaan awal pelaksanaan bengkel ini. Rakan-rakan yang lain pun jangan lupa untuk menghulurkan bantuan bak kata pepatah, “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Tolong, jangan tak tolong ya! Hehehe…..

Selasa, 29 Mac 2011

JANGAN PANDANG SAJA, JOM KITA GOTONG-ROYONG...


Sejak seminggu dua kebelakangan ini, banyak cawangan telah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pejabat. Baguslah, ia merupakan salah satu aktiviti yang baik. Bukannya apa, apabila tempat kerja kita bersih, semangat untuk bekerja pun tinggi. Itu boleh menjadi motivasi diri.


Mengambil semangat rakan-rakan di cawagan lain, kami warga KMCS juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama melakukan aktiviti gotong-royong bagi mengemas dan menghias bilik mesyuarat. Nampak saja bilik kecil, namun penatnya boleh tahan juga. Dua hari juga kami berkemas, kini baru nampak hasilnya. Jika sebelum ini bilik mesyuarat tersebut bagaikan stor, keadaannya pada petang ini sudah berubah sama sekali dan berhias cantik. Wah, inilah hasil penangan Muin, A'aa, En. Dan, Iza, Wan, Akmal dan lain-lain. Syabas!

Walaupun, keadaan kami di sini serba kekurangan, namun kami bersyukur kerana rakan-rakan kami di IKN banyak membantu dalam meminjamkan keperluan seperti meja, kerusi, alas kerusi dan sebagainya. Terima kasih rakan-rakan di IKN.

Jadi petang nanti bilik tersebut sudah boleh digunakan bagi mengadakan Mesyuarat Perlaksanaan Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling. Sekarang kami sudah boleh tersenyum puas kerana bilik tersebut sudah kemas, cantik dan tersusun, bak kata orang, “barulah tak sakit mata memandang”. Tahniah!


Isnin, 28 Mac 2011

KLINIK HATI - TRANSFORMASI DIRI




Mengikut jadual yang dirancangkan, ceramah agama bertajuk ‘Klinik Hati – Transformasi Diri’ sepatutnya bermula pada jam 2.30 petang terpaksa dilewatkan sedikit kerana terdapat sedikit masalah teknikal. Namun, Alhamdullillah pada jam 3.00petang, ia dapat dilaksanakan. Ustaz Hasli merupakan seorang pegawai daripada JAKIM Putrajaya telah memulakan sesi ceramah dengan membacakan sepotong hadis yang bermaksud;

Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Siapa saja yang menempuh perjalanan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberikan kepadanya kemudahan jalan menuju syurga.” (Sahih, At-Tirmidzi [2646]).

Kemudian, beliau telah meneruskan ceramah dengan menggariskan lima transformasi diri dan menghuraikan kata-kata Saidina Ali berkaitan “dimanakah hati kita?”. Dimanakah hati kita wahai kawan-kawan?

Kata Saidina Ali r.a;

“Carilah hati kamu dengan membaca Al-Quran, sekiranya tidak jumpa hati kamu, carilah hati kamu dalam solat, jika tidak jumpa hati kamu, carilah ketika bermunajat dan berdoa kepada Allah, sekiranya jika tidak jumpa, carilah ketika kamu bertafakur mengingati kematian, sekiranya tidak jumpa ini bermakna hati kamu telah MATI…”.


Pelbagai pengisian aktiviti dan slaid video yang telah ditayangkan amat menyentuh hati dan sanubari kami. Ada yang menginsafi diri, ada yang diam seribu bahasa, ada yang menitiskan air mata dan sebagainya. Ceramah ini amat berkesan sekali kerana Ustaz Hasli bijak untuk mencetuskan perasaan sedih dan sebak di hati kami. MasyaAllah!!


Alhamdullilah….. Syukur pada ke hadrat Illahi, ceramah ini amat bermakna buat kami. Sesungguhnya, ramai di antara kita terleka dengan kelazatan dunia. Transformasi diri ke arah kebaikan perlu dilaksanakan segera selagi hayat masih ada, InsyaAllah. Marilah kita sama-sama berubah demi kebaikan diri sendiri, agama,keluarga, bangsa dan negara. InsyaAllah.

AKTIVITI WARGA KMCS HARI INI


Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia,

Hari ini 28 Mac 2011 (Isnin), KMCS akan menganjurkan satu sesi ceramah agama bertajuk : Klinik Hati - transformasi Diri. Ceramah ini akan diadakan pada 2.30 hingga 4.30 petang bertempat di Bilik Limar (IKN) dan akan disampaikan oleh YBrs. Ustaz Hasli bin Othman, Pegawai daripada JAKIM.

Sehubungan itu, kami ingin menjemput dan mengalu-alukan kedatangan semua warga KMCS dan IKN untuk bersama-sama mendengar dan menghayati ceramah yang akan disampaikan. Jom tambahkan ilmu di dada agar dapat menjadi panduan dan pegangan kita bersama. InsyaAllah..

Jumaat, 25 Mac 2011

KUDAKU LARI GAGAH BERANI…..


Ha….pernah dengar lagu ni tak? Hehe….sebenarnya nak fokuskan pada perkataan “BERANI” je…. Apa pun kalau nak buat sesuatu, mesti berani….macam kuda tu… Hmm…. Macam tu jugak bila buat rekaan, mesti berani buat perubahan… Baru-baru ini Unit Rekaan telah bermesyuarat lagi untuk kali yang kedua, dan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, iaitu Puan Zailah Zaid dan Ketua Unit Rekaan, iaitu Cik Marshila Marzuki, bersama anggota kerja Unit Rekaan. Hmm…nampaknya masih banyak lagi yang tidak menepati citarasa sebab masing-masing masih belum meluahkan segala bakat yang terpendam tu…. Lepas ni kene cuba lagi dan buat rekaan yang lebih menarik dan mantap!!! BERUSAHALAH!!!


MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAZKIRAH PAGI








Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia


Seperti biasa pada setiap hari Jumaat, penghulu segala hari, kami di KMCS akan bersama-sama membaca Surah Yasin bagi memohon keberkatan daripada yang Maha Esa. Majlis ini turut diserikan dengan sesi Tazkirah yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Fathul Muin. Jika pada minggu lepas beliau telah menyampaikan hadis 1 yang dipetik daripada buku "Bukan Dari Golonganku", namun pada minggu ini beliau telah berkongsikan maklumat berkaitan "Fadhilat Hari Jumaat". Mesti ramai yang berminat untuk mengetahui apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Muin kita kan? Jom baca. Semoga Allah memberikan shafaatnya kepada orang-orang yang mengamalkannya. InsyaAllah.


Berikut ialah beberapa Fadilat berkaitan hari Jumaat, iaitu penghulu bagi segala hari:

Al-Bazzar meriwayatkan bahawa Nabi biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang membuka surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum sembahyang Subuh "Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi" tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut."

Dari Abu Hurairah katanya, dia mendengar Nabi bersabda, "Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat, melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya."

Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai) tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik."

Nabi Muhammad bersabda, " Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)."



Hadis 1 yang telah disampaikan pada minggu lepas (18 Mac 2011). Marilah kita menghayatinya bersama-sama.


Hadith 1
Bukan dari golonganku ………… yang tidak menyukai sunnahku.


أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي


Daripada Anas bin Malik r.a. berkata; Pada suatu hari sekumpulan kaum muslimin ( dalam lingkungan tiga orang sahabat ) datang kepada isteri Rasulullah s.a.w. Mereka bertanyakan tentang jumlah ibadat yang Rasulullah s.a.w. lakukan setiap hari. Setelah mendapat penjelasan, mereka menggangap ibadah Rasulullah s.a.w. hanya sedikit.

Mereka berkata; Kita tidak boleh meniru-niru baginda s.a.w. kerana Allah telah mengampuni segala dosanya yang telah lalu dan yang akan datang! Salah seorang dari mereka berkata : Aku tidak begitu, kerana aku bersembahyang malam ( tahajjud ) terus-menerus!.. Sahabatnya menyahut: Aku berpuasa terus – menerus tanpa berbuka!.. Dan sahabat yang lain berkata : Aku menjauhkan diri dari perempuan dan tidak akan berkahwin selama – lamanya!

Ketika Rasulullah s.a.w datang, baginda bersabda; Tadi kamu telah mengatakan begini dan begitu….. Demi Allah, aku ini lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Allah daripada kamu sekalian; tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku menunaikan sembahyang dan tidur, dan aku berkahwin dengan wanita. Kerana itu sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia bukan dari golonganku ( bukan dari umatku ).

Riwayat Bukhari, Muslim dan Nasaie, lafaz oleh Bukhari.

Di dalam maksud hadith ini ialah nabi diutuskanNya adalah untuk diteladani, dicontohi dan dipatuhi dan bukanlah untuk dikagumi semata-mata malah apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk diikuti. Menambah-nambah dan berlebihan dalam ibadah adalah sesuatu yang dipanggil di dalam islam sebagai bid’ah.

Kehidupan manusia didalam dunia ini terbahagi kepada tiga jenis golongan;

1. Yang berpaling dari dunia dan menghinanya kerana ianya sibuk menyuburkan jiwa dan ruhnya dengan beriktikaf dan mengasingkan diri dari masyarakat semata-mata untuk beribadat sehingga sanggup membujang.

2. Yang tenggelam dengan dunia dan perhiasannya iaitu dengan bermati-matian mengumpul harta hanya untuk kepentingan peribadinya tanpa memperdulikan akhlak yang mulia serta keperluan ruh untuk disucikan serta tidak menunaikan haknya kepada penciptanya yang telah melimpahkan rezeki keatasnya dengan mensyukuri segala nikmatnya.

3. Yang amat menitikberatkan pembinaan roh, menyeru manusia kepada menghubungkan diri dengan tuhannya dengan ibadat, ketaatan dan amalan mendekatkan diri kepada penciptanya dengan tidak melupakan pembinaan hubungan manusia untuk menjaga wasilah keturunan, ketenangan jiwa serta terjaga maruah diri.

Dengan itu marilah kita beramai-ramai transformasi diri dengan menjadikan kehidupan manusia yang ketiga sebagai panduan dan ikutan sepanjang perjalanan hidup kita.

Wallahu’alam
"Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri".

Suasana ketika bacaan Yasin



Uisyhhh.. En. Dan ke yang jadi pemimpin bacaan Yasin? Sudah tukar ka???


Khusyuk mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Muin.

Erm... Apa yang Nawwar menungkan tu? Jauh nampak...



Erm... Sedap tak? Biasalah ini hidangan pot luck.


Rojak mamak sumbangan Anes dan Juju

Khamis, 24 Mac 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMILIHAN USAHAWAN PROMOSI ANTARABANGSA 2011




Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Usahawan Kraf bagi Promosi Antarabangsa 2011 telah diadakan pada pagi tadi (24 Mac 2011) bertempat di Bilik Pengarah bermula pada jam 11.30 pagi. Mesyuarat ini diadakan bagi membuat pemilihan dan tapisan usahawan yang berminat bagi menyertai aktiviti promosi di peringkat antarabangsa di peringkat KMCS.


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Pengarah dan ahli jawatankuasa adalah terdiri daripada Timbalan Pengarah merangkap Ketua Unit Pembangunan, Puan Zailah, Ketua Unit Promosi, Ketua Unit Usahawan dan Ketua Unit Rekaan.


Pemilihan dibuat berdasarkan kriteria seperti berupaya memenuhi kapasiti pengeluaran, rekaan produk yang menepati kehendak pelanggan antarabangsa, berdaya maju dan bersedia ke pasaran global. Setiap ketua unit akan memberikan pandangan dan cadangan bagi menentukan usahawan tersebut berjaya bagi tapisan di peringkat KMCS.




Harapan kami amatlah besar dalam memastikan usahawan-usahawan kami berjaya ke peringkat yang lebih tinggi. Diharapkan para usahawan yang terpilih nanti akan berusaha untuk memberikan komitmen dan menghasilkan rekaan produk yang mempunyai kelainan, bercitarasa tinggi dan terkini mengikut trend dalam pasaran. Doa kami agar semua usahawan kraf di bawah seliaan kami akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. InsyaAllah.












"Kenapa kita pilih Roshfin Keramik ni, Ila?".





"Apalah agaknya Syida tengah cakap tu?"





Tulis jangan tak tulis....

AL-KISAH KE PULAU CAREY, SEDIHNYAAA..TAK JADI PULAK....

Salah satu tanda betapa dedikasinya kita pada kerja ialah dengan datang awal ke pejabat. Macam itulah lagaknya kami hari ni. Seawal pagi yang hening lagi kami sudah berada di pejabat untuk bersiap sedia ke Pulau Carey dengan semangat yang berkobar-kobar!! Hehehe…

Tiba-tiba, dengan satu panggilan tepat jam 9 .30 pagi tadi, kami dimaklumkan bahawa YBhg Ketua Pengarah, Pengarah Bahagian Usahawan dan Rekaan tidak dapat membuat lawatan tapak ke Pulau Carey di atas urusan penting yang tidak dapat dielakkan.

Keputusannya, lawatan tapak ini akan ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan. Perasaan sedih menyelubungi kami semua. Rindu, serindu rindunya kami dengan Orang Asli di sana…huhuhu!…Pak Pion, Samri , Kak Maznah dan lain-lain, maafkan kami kerana kunjungan rasmi terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir. Sampai masanya, kita akan ketemu lagi… :D

Projek Pembangunan Pusat Perkampungan Budaya Orang Asli MahMeri

LATIHAN HRMIS BAGI SUBMODUL SKT-LNPT

Pada 23 Mac 2011, KMCS telah menerima kunjungan daripada HR-Team (pasukan HRMIS) dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat. Pasukan ini terdiri daripada lima anggota kerja yang diketuai oleh Encik Syardi. KMCS merupakan cawangan pertama yang telah mendapat latihan penggunaan Submodul Penilaian Prestasi (SKT-LNPT).

Seramai 16 anggota kerja KMCS telah mengikuti latihan ini dan ia telah dijalankan di Makmal Komputer, Institut Kraf Negara (IKN) mulai jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Objektif latihan ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja tentang cara-cara penggunaan sistem HRMIS bagi submodul Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan submodul Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) menggunakan sistem berkomputer.

Biarpun anggota KMCS tidak ramai, namun senda gurau tetap menjadi kebiasaan. Masing-masing berjaya mengaplikasikan apa yang telah diajar dengan baik. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan-soalan yang menyerbu di minda. Apa tidaknya, semua teruja untuk mempelajarinya. Walaupun, KMCS masih menghadapi masalah berkaitan EG*Net, namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus belajar bagi memahirkan diri masing-masing. Kami berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera dan boleh digunakan dengan segera, InsyaAllah.



Rabu, 23 Mac 2011

LAWATAN TAPAK PULAU CAREY!!

PULAU CAREY! ORANG ASLI! He..he..he.. Sememangnya ia sudah sinonim dengan kami.. Kemungkinan besar esok YBhg. Ketua Pengarah, Encik Mohd Kamil Mohd Ali, Pengarah Bahagian Usahawan, Encik Ibrahim Ismail, Pengarah Bahagian Rekaan, Encik Yusak Mahmud dan beberapa pegawai daripada Bahagian masing-masing akan turun padang bagi membuat lawatan tapak ke Pulau Carey.. Manakala wakil dari KMCS yang akan bersama-sama mengiringi YBhg. Ketua Pengarah dalam sesi lawatan tapak tersebut pula adalah YBrs. Pengarah, Puan Ruslah Khalid dan Ketua Unit Usahawan, Cik Noor Iza Kassim dan Encik Syahrul Hakimi.

Mmmmmm... Nampaknya awal-awal pagi lagi kami perlu bertolak ke sana... Wah, kami perlu bersedia awal-awal takut terlambat pula nanti.... Faham-faham sajalah jalan di Rawang ni, sentiasa sesak! Huhuhu.. pada jam 9.30 pagi kami sudah perlu berada di Pulau Carey.. Apakah agenda utama yang akan diperbincangkan esok yaa??? Erm.. Tungguuu...... Nantikan laporan esok daripada kami!!! Harap-harap semuanya berjalan lancar, InsyaAllah... Yeahhhhh!!! :)

ORKID OH ORKID...




Bunga apa? Orkid la… Kenapa topik ini menjadi pilihan bagi artikel blog KMCS pada hari ini? Hendak tahu apa sebabnya, jom baca…


Baru-baru ini (22 Mac 2011), Encik Ghani bin Yusof, Penyelia Lanskap yang telah dilantik oleh pihak IKN telah datang berkunjung buat kali kedua ke KMCS kerana sebelum ini juga beliau telah datang ke sini bagi memberikan tips-tips penjagaan pokok orkid. Bukannya apa, pokok orkid adalah tanaman yang menjadi penyeri bangunan kami di sini. Jika sebelum ini ramai yang mengatakan orkid sukar dijaga, namun pada hakikatnya jika betul teknik dan penjagaannya pasti ia berbunga mekar dan cantik. Cantik macam kami semua di sini. Betul tak? Betul, betul, betul…!


Perkara yang penting dalam penjagaan orkid adalah pengetahuan berkenaan keperluan hidup tanaman ini. Jika rutin penjagaan dikekalkan dan kaedah penyelenggaraan yang betul dilakukan, orkid akan sentiasa berbunga dan hidup subur.


Puan Pengarah, Kak Odah, Fathul Muin dan Shahrul (A’a) tidak melepaskan peluang untuk mendengar penerangan panjang lebar daripada En. Ghani. Wah, nampaknya lepas ini mesti orkid yang ada di sini bertambah segar dan cantik, InsyaAllah. Harap-harap begitulah hendaknya. Kepada Fathul Muin, jangan lupa siram pokok orkid kesayangan KMCS tu ya… Kawan-kawan yang lain pula, janganlah mengharap pada Muin sahaja. Ringan-ringankanlah tangan kalian untuk membantu dia demi mengindahkan persekitaran di KMCS. KMCS BOLEH!

Selasa, 22 Mac 2011

SELAMAT TINGGAL PUSAT INKUBATOR KRAF BATU, PJ





Mesin dan peralatan di Pusat Inkubator PJ telah selamat dipindahkan ke Kraftangan Malaysia Cawangan Kedah pada 21 Mac 2011. Kerja-kerja memindahkan mesin dan peralatan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik iaitu Bina Teguh Enterprise. Seramai lima orang tenaga kerja dan dibantu oleh staf Pusat Inkubator PJ telah bertungkus-lumus menaikkan mesin-mesin dan peralatan ke atas treler 10 tan. Kerja memindahkan mesin bermula jam 10.00 pagi dan berakhir 5.30 petang.

Jom, kita tengok apa yang terjadi...










Isnin, 21 Mac 2011

MERIAHNYA PMS KG. MELAYU AMPANG


Singkatan perkataan PMS bukanlah bermaksud Premenstrual syndrome yang selalu dihadapi oleh golongan wanita tetapi merujuk kepada Program Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor (JKKNS) pada hari Sabtu yang lalu, 19 Mac 2011 bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) pada pukul 3.00 petang.

(Sila klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)


Di antara jemputan yang hadir ke program ini ialah Ybhg. En. Mohd Kamil (Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia), Pn. Ruslah Khalid (Pengarah KMCS), Pn. Zailah Zaid (Timbalan Pengarah KMCS) dan ramai lagi. PMS ini telah dimeriahkan dengan penglibatan pelbagai agensi di bawah KPKK dan beberapa agensi kerajaan dan swasta. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti pameran agensi, demonstrasi kraf, pertandingan memadam api kebakaran, pertandingan sukan rakyat dan sukaneka, permainan tradisional, pertandingan mewarna batik, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan karaoke, persembahan pentas, persembahan artis jemputan, cabutan bertuah dan lain-lain.


KMCS dan IKN juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyumbang tenaga dalam menjayakan pertandingan mewarna batik, demonstrasi dan interaktif kraf seramik dan anyaman rotan. Sambutan memang amat menggalakkan daripada golongan dewasa dan paling meriah dengan kerenah kanak-kanak yang begitu bersemangat mencuba sendiri menghasilkan pasu seramik. Jangan terkejut, ada yang sampai merajuk dan menangis sebab tidak berpeluang mencubanya. Bahkan, kehadiran tetamu cilik yang tidak disangka begitu menarik perhatian kami. Dua orang cucu YB Dato’ Seri sanggup berdiri selama hampir satu jam untuk menyiapkan pasu seramik mereka. Memang kreatif dan berbakat sekali Ku Arif dan Ku Lin menghasilkan pasu seramik rekaan sendiri. YB Dato’ Seri pun amat teruja dan gembira melihat pasu yang dihasilkan. Wah, nampaknya susahlah orang lain hendak cari makan lepas ni… (Jangan marah, Ku Arif dan Ku Lin).


Keseluruhannya, PMS ini sangat meriah dengan kehadiran penduduk di sekitar Ampang dan apa yang menarik aktiviti memasak secara bergotong-royong dan pertandingan sukan rakyat yang semakin dilupakan telah berjaya menarik minat pengunjung yang datang. Tahniah, kami ucapkan kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.


(sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas)

Kepada Pengurusan IKN khususnya Linda (Nor Azlinda), Noor (Norsiah), Abg. Iza (Ghazali), Chor (Saiful Fadly), Jay Jay (Nordin) dan Jefry, kami di KMCS mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan. Tidak dilupakan terima kasih daun keladi kepada semua rakan-rakan di KMCS yang telah membantu. Terima kasih…


Jumaat, 18 Mac 2011

BUDAYA POT LUCK

Seawal pagi lagi sudah ke pantry buat persediaan..... ;D
Hidangan yang lazat tak sabar untuk dihidangkan...

Bertungkus lumus cik Shila kita ni di dapur...Pak Dan..pemantau kami.. "Shila, jangan lupa keledek rebus saya tu.."...hihihi..



Tak sabar menikmati juadah pot luck ni! Yum..yummy..yummy

Menjeling Syida...". Sungguh menyelerakan dan sedap ayam goreng rempah Juju tu Puan"...




JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI, SAAT BER’POT LUCK LAGI! Sebagaimana yang diamalkan oleh sebilangan organisasi, para pekerjanya menyumbangkan sedikit wang dan berkongsi membeli makanan dan minuman ringan untuk diletakkan di pantri. Ada juga dalam kalangan pekerja yang sama-sama membawa pot-luck dari rumah masing-masing dan bertukar-tukar juadah makanan di pantri pejabat”. Memetik rencana dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mei 2008 mengenai ‘Budaya Keluar Minum’ yang sangat sinonim dengan pekerja kakitangan kerajaan. Keh keh!keh! ..Setelah lama berkenalan di pejabat sendiri dan dek kerana kerap bersemuka dengan muka dan tangan yang kosong, maka Bigboss mencadangkan agar satu jamuan pot luck di buat setiap kali tibanya hari Jumaat. Dah tak terkira berapa kali Jumaat berlalu pergi, tetapi Alhamdulillah, jamuan ni sangat sukses dan berjaya meraih sokongan padu daripada semua staf yang terlibat. Apa yang penting, masing-masing tak mahu kalah untuk menunjukkan skill hebat memasak makanan yang lazat dan mantap. Paling penting, membuat perut masing-masing tersenyum girang. He! He! He!...


Pot luck ini, sudah tentu kebaikannnya dapat menjimatkan masa berjalan dan ‘melepak’ di kafetaria, juga dapat menyelamatkan kantung poket daripada membelanjakan duit membeli makanan yang belum tentu sedap sehingga menjilat jari.Tak gitu? Paling penting, silahturrahim sesama rakan sekerja dapat dieratkan dan dipanjangkan. Mana tahu sampai ke jinjang pelamin, setidak-tidaknya kita tahu bakal pasangan kita itu pandai masak! Huhuhu!!!


Baiknya lagi kalau kita ni jenis tawadduk dan berpegang kepada konsep mencari pendapatan halal dan beramanah seperti mana yang digariskan syariat Islam, jamuan pot luck salah satu cabangnya. Janganlah pengisian jamuan setakat makan ja, alang-alang biarlah ia diawali dengan doa makan dan diakhiri dengan Tazkirah Jumaat. Barulah hati tenang bersemangat dan makan pun dalam keadaan beriman. InsyaAllah…


Sudah tentu kita akan berjaya sebagai kakitangan yang berintegriti, produktif dan memiliki minda kelas pertama. Cayalah! Hidup Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor! p/s: Bos, tolong tetapkan menu berbeza setiap Jumaat. Nasi Bukhara pun sedap juga… terima kasih semua atas sumbangan ikhlas yang diberikan!!




Sedap ker laksa tu??? hehehe.. :)


Lepat labu "Akmal" hihihi.. sangat sedap!! lain kali boleh bawa lagi!

Sumbangan Ikhlas Cik Mursyida kita~ :)

Walahhh~ Sandwich Puan Lilis Suriyani ni..

Kuah Laksa Cik Iza + Laksa nya Puan Anes yang bawa~ heeee .. :)

Next plan pot luck kita apa lepas ni puan??..Boleh..lepas ni kita buat steamboat yea...