Rabu, 2 Mac 2011

KURSUS PSIKOLOGI MEMBUKA TIRAI 2011 DI KMCS

Pada 19 Januari 2011 yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) dengan kerjasama Institut Kraf Negara (IKN) telah menganjurkan satu Kursus Psikologi bertajuk “Mengenal Potensi Diri Melalui Personaliti dan Transformasi Minda – “Budaya Kerja Kelas Pertama” . Seramai 54 orang warga kerja terlibat iaitu dari KMCS (15 orang) dan IKN (39 orang) yang merangkumi pelbagai gred jawatan. Penceramah yang dijemput ialah dari Unit Kaunseling Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) iaitu Encik Muhammad Faeez bin Hj. Zakaria.

Objektif kursus ialah untuk memberi pendedahan kepada warga kerja tentang potensi diri yang boleh dimajukan dan dikembangkan untuk kemajuan diri sendiri dan kerjaya. Ia juga dapat melatih diri serta membantu anggota kerja mencapai tahap Profesionalisme yang tinggi dalam mencapai budaya kerja cemerlang seperti mana yang dituntut di dalam perkhidmatan awam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan