JUMAAT, PENGHULU SEGALA HARI, SAAT BER’POT LUCK LAGI! Sebagaimana yang diamalkan oleh sebilangan organisasi, para pekerjanya menyumbangkan sedikit wang dan berkongsi membeli makanan dan minuman ringan untuk diletakkan di pantri. Ada juga dalam kalangan pekerja yang sama-sama membawa pot-luck dari rumah masing-masing dan bertukar-tukar juadah makanan di pantri pejabat”. Memetik rencana dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 20 Mei 2008 mengenai ‘Budaya Keluar Minum’ yang sangat sinonim dengan pekerja kakitangan kerajaan. Keh keh!keh! ..Setelah lama berkenalan di pejabat sendiri dan dek kerana kerap bersemuka dengan muka dan tangan yang kosong, maka Bigboss mencadangkan agar satu jamuan pot luck di buat setiap kali tibanya hari Jumaat. Dah tak terkira berapa kali Jumaat berlalu pergi, tetapi Alhamdulillah, jamuan ni sangat sukses dan berjaya meraih sokongan padu daripada semua staf yang terlibat. Apa yang penting, masing-masing tak mahu kalah untuk menunjukkan skill hebat memasak makanan yang lazat dan mantap. Paling penting, membuat perut masing-masing tersenyum girang. He! He! He!...
Pot luck ini, sudah tentu kebaikannnya dapat menjimatkan masa berjalan dan ‘melepak’ di kafetaria, juga dapat menyelamatkan kantung poket daripada membelanjakan duit membeli makanan yang belum tentu sedap sehingga menjilat jari.Tak gitu? Paling penting, silahturrahim sesama rakan sekerja dapat dieratkan dan dipanjangkan. Mana tahu sampai ke jinjang pelamin, setidak-tidaknya kita tahu bakal pasangan kita itu pandai masak! Huhuhu!!!
Baiknya lagi kalau kita ni jenis tawadduk dan berpegang kepada konsep mencari pendapatan halal dan beramanah seperti mana yang digariskan syariat Islam, jamuan pot luck salah satu cabangnya. Janganlah pengisian jamuan setakat makan ja, alang-alang biarlah ia diawali dengan doa makan dan diakhiri dengan Tazkirah Jumaat. Barulah hati tenang bersemangat dan makan pun dalam keadaan beriman. InsyaAllah…
Sudah tentu kita akan berjaya sebagai kakitangan yang berintegriti, produktif dan memiliki minda kelas pertama. Cayalah! Hidup Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor! p/s: Bos, tolong tetapkan menu berbeza setiap Jumaat. Nasi Bukhara pun sedap juga… terima kasih semua atas sumbangan ikhlas yang diberikan!!
Kopok 1 balang nampak....Hantar2 la ke BKP ni sama...
BalasPadamP/S Kirim salam kat Bos..Kitaorg da lama x buat potluck kat sini..hehe..
Erm.. ini keropok sumbangan Anes... Hehhe nyum.. nyum..
BalasPadamSalam semua anak buah di BKP. Terima kasih atas ingatan. Saya sentiasa ingat anak2 semua. Datanglah melawat ke KMCS, insyaAllah, saya akan cuba sediakan juadah2 termampu.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAlhamdullilah~ jemputlaa datang ke KMCS pada semua staf Kraftangan Malaysia..hehehehe~
BalasPadamJuadah yang sedap akan menanti untuk anda semua.. ;)) InsyAllah ~