Selasa, 12 Oktober 2010

LAWATAN KAJIAN TEKNOLOGI MESIN









Pada 25 Ogos 2010 yang lalu, Unit Rekaan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan satu lawatan kerja bagi membuat kajian terhadap teknologi mesin yang dimiliki oleh pihak Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Lawatan ke Advance Manufacturing Technology & Excellent Centre (AMTEX), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Mara ini telah disertai oleh 8 warga kerja Kraftangan Cawangan Selangor bersama 5 orang Staf Projek di bawah Unit Usahawan.

Lawatan kerja separuh hari ini telah memberikan pengetahuan dan pendedahan terhadap penggunaan mesin dan peralatan berteknologi tinggi yang boleh digunakan dalam bidang ukiran batu yang sedang dijalankan oleh Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor.

HARI BERTEMU PELANGGAN

Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) bertempat di Pusat Rekaan, Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 12 Julai 2010 yang lalu. Program yang julung kali dianjurkan ini telah diadakan serentak di semua Kraftangan Malaysia cawangan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

HBP ini diadakan bertujuan untuk:

a) Mendapat maklumbalas pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia

b) Mendapatkan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan serta peningkatan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia.

Selain itu, HBP ini turut mengenengahkan peranan Kraftangan Malaysia yang sentiasa memberi:

a) Perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian dengan memberi penumpuan kepada perkhidmatan pelanggan Kraftangan Malaysia khususnya usahawan kraf,

b) Melakukan penambahbaikan sistem perkhidmatan bukan sahaja tertumpu kepada penambahbaikan sistem dan proses kerja malah untuk mempertingkatkan jalinan kerjasama di antara Kraftangan Malaysia dan usahawan.

HBP ini telah dimulakan dengan sesi bacaan doa dan seterusnya disusuli dengan sesi penyampaian taklimat yang telah disampaikan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor iaitu Encik Kamal Ruzaman bin Mera Husin.

Sesi soal jawab diadakan sejurus selepas sesi taklimat selesai dan beberapa kaunter dibuka seperti Kaunter Unit Pasaran dan Promosi, Unit Pembangunan Usahawan, Unit Rekaan dan Unit Pemuliharaan bagi memudahkan pelanggan Kraftangan Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

PROGRAM SENAMAN BERSAMA BOLA BOWLING









Satu Program Senaman Bersama Bola Bowling telah diadakan pada 26 Jun 2010 bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di Wangsa Walk, Wangsa Maju. Program ini telah diketuai oleh Kapten Akmal Sufyan. Beberapa staf telah terlibat dalam program ini seperti En. Rushdan, Iza, Anes, Syafiq, Azwan dan Akmal. Beberapa staf yang tidak terlibat turut datang bagi memberi sokongan kepada rakan-rakan yang terlibat.

PROMOSI KRAF MALAYSIA DI AEON JUSCO BUKIT RAJA

Bagi memajukan industri kraf tempatan, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia di Aeon Jusco Bukit Raya, Klang pada 19 hingga 23 Mei 2010 bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 10.30 malam.

Promosi yang bertemakan “Kraf Kreatif dan Inovatif” yang diambil sempena Hari Kraf Kebangsaan 2010, promosi ini bertujuan untuk menggalakkan usahawan sentiasa membuat perubahan dan pembaharuan dalam pelbagai aspek seperti idea, reka corak, reka bentuk dan sebagainya dalam mengahsilkan produk mereka. Hasil ciptaan ini akan menyebabkan pengguna sentiasa merasa teruja serta mampu menarik minat pembeli bagi menggunakan kraf dalam kehidupan mereka seharian.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti jualan dan pameran produk kraf yang melibatkan 23 usahawan daripada pelbagai negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor, Kelantan dan Terengganu. Pelbagai produk kraf dipamerkan dan dijual di sini seperti produk tekstil, hasil rimba, seramik, aneka kraf dan logam. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena promosi ini adalah seperti Pertandingan Mencanting Batik dan Pertandingan Mewarna Permukaan Seramik, demosntrasi mencanting batik dan melukis menggunakan cat minyak serta sudut permainan tradisional.

PROMOSI KRAF DI KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM









Dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti pemasaran dan promosi usahawan-usahawan di bawah bimbingan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor, satu program promosi telah dijalankan iaitu Promosi Kraf di Kompleks PKNS Shah Alam seperti berikut:

Tarikh : 7 hingga 12 Mei 2010
Masa : 9.00 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Ruang Legar B, PKNS Shah Alam

Program yang telah berlangsung selama 6 hari ini telah melibatkan seramai 24 usahawan kraf pelbagai bidang seperti produk tekstil, hasil rimba, seramik, aneka kraf dan logam. Promosi ini bukan sahaja melibatkan usahawan daripada negeri Selangor sahaja malah turut melibatkan usahawan daripada Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kelantan dan Terengganu. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena promosi ini adalah seperti Pertandingan Mencanting Batik serta sudut permainan congkak dan dam aji.

SELAMAT HARI LAHIR AKMAL




“Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir,
Selamat Hari Lahir, Akmal,
Selamat Hari Lahir.”

Lagu ini ditujukan khas buat Saudara Akmal yang telah menyambut ulang tahun kelahiran pada 29 April yang lalu. Kami seluruh warga Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor mengucapkan “Selamat Hari Lahir kepada Akmal.” Semoga panjang umur dan murah rezeki hendaknya.