Selasa, 12 Oktober 2010

HARI BERTEMU PELANGGAN

Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) bertempat di Pusat Rekaan, Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 12 Julai 2010 yang lalu. Program yang julung kali dianjurkan ini telah diadakan serentak di semua Kraftangan Malaysia cawangan negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

HBP ini diadakan bertujuan untuk:

a) Mendapat maklumbalas pelanggan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kraftangan Malaysia

b) Mendapatkan cadangan bagi mengambil langkah-langkah penambahbaikan serta peningkatan mutu perkhidmatan Kraftangan Malaysia.

Selain itu, HBP ini turut mengenengahkan peranan Kraftangan Malaysia yang sentiasa memberi:

a) Perhatian untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian dengan memberi penumpuan kepada perkhidmatan pelanggan Kraftangan Malaysia khususnya usahawan kraf,

b) Melakukan penambahbaikan sistem perkhidmatan bukan sahaja tertumpu kepada penambahbaikan sistem dan proses kerja malah untuk mempertingkatkan jalinan kerjasama di antara Kraftangan Malaysia dan usahawan.

HBP ini telah dimulakan dengan sesi bacaan doa dan seterusnya disusuli dengan sesi penyampaian taklimat yang telah disampaikan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor iaitu Encik Kamal Ruzaman bin Mera Husin.

Sesi soal jawab diadakan sejurus selepas sesi taklimat selesai dan beberapa kaunter dibuka seperti Kaunter Unit Pasaran dan Promosi, Unit Pembangunan Usahawan, Unit Rekaan dan Unit Pemuliharaan bagi memudahkan pelanggan Kraftangan Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan