Bagi memajukan industri kraf tempatan, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia di Aeon Jusco Bukit Raya, Klang pada 19 hingga 23 Mei 2010 bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 10.30 malam.
Promosi yang bertemakan “Kraf Kreatif dan Inovatif” yang diambil sempena Hari Kraf Kebangsaan 2010, promosi ini bertujuan untuk menggalakkan usahawan sentiasa membuat perubahan dan pembaharuan dalam pelbagai aspek seperti idea, reka corak, reka bentuk dan sebagainya dalam mengahsilkan produk mereka. Hasil ciptaan ini akan menyebabkan pengguna sentiasa merasa teruja serta mampu menarik minat pembeli bagi menggunakan kraf dalam kehidupan mereka seharian.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti jualan dan pameran produk kraf yang melibatkan 23 usahawan daripada pelbagai negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Johor, Kelantan dan Terengganu. Pelbagai produk kraf dipamerkan dan dijual di sini seperti produk tekstil, hasil rimba, seramik, aneka kraf dan logam. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena promosi ini adalah seperti Pertandingan Mencanting Batik dan Pertandingan Mewarna Permukaan Seramik, demosntrasi mencanting batik dan melukis menggunakan cat minyak serta sudut permainan tradisional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan