NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463
Jumaat, 11 Mac 2011
BERKORBAN DEMI RETREAT 2011
Pembentangan PKT 2011
Demi retreat punya pasal, hampir kesemua anggota kerja KMCS terpaksa pulang ke rumah selepas jam 10.00 malam. Suasana kelam kabut melanda semua unit di bawah Bahagian Pembangunan KMCS. Masing-masing sibuk menyiapkan pelbagai dokumen yang diperlukan untuk dibentangkan oleh Puan Pengarah semasa Retreat 2011. Macam-macam reaksi yang dapat dilihat pada riak muka setiap anggota kerja terlibat. Ada yang berlari, ada yang kusyuk mengadap skrin komputer, ada yang diam sepi tanpa bicara, ada yang berkerut dan ada juga yang pening lalat. Haa, ini semua gara-gara retreat.
Apa yang bagusnya, semua anggota kerja bertungkus lumus menyiapkan kerja masing-masing dan bagi yang tidak terlibat, mereka juga ringan tulang untuk membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan. Inilah yang dikatakan semangat kerja berpasukan. Syabas!
Pada malam hari, si Shafiq yang kini sudah bertukar ke ibu pejabat juga turut datang membantu. Apa lagi, suasana yang sebelumnya sepi mula bertukar gamat. Namun, kerja tetap diteruskan sehingga hampir selesai. Selepas jam 10.00 malam semua sudah keletihan dan barulah teringat hendak pulang ke rumah.
Kalau ikutkan hati, memang masih awal. Namun, Puan Pengarah mengingatkan di kalangan kami ramai anak dara dan keselamatan harus di jaga. Maklumlah kawasan pejabat kami ini dikelilingi bukit bukau, gelap dan sunyi. Lagipun, semuanya tingal jauh. Ada yang tinggal di Shah Alam, Batang Kali, Keramat, Wangsa Maju, Hulu Langat dan lain-lain. Kepada rakan-rakan di KMCS dan Shafiq, syabas dan terima kasih atas kerjasama serta pengorbanan yang telah diberikan. KMCS boleh!
"Ila, hangpa kena stayback malam ni."
"Minum milo, anda jadi sihat dan kuat!!"
"Kita makan dulu.."
"Amboi sukanya. Buat apa tu?"
Iza begitu khusyuk meneliti PKT Unit Usahawan
Wah si Shafiq ni datang nak audit KMCS ke?
Sedar tak sedar dah pukul 10.15 malam da….. Jom kita balik…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Kawan-kawan KMCS berkorban aper saje...teruskan semangat ini wahai kawan-kawan....
BalasPadamhuhuhu~ kelakarnyeee muka sy!
BalasPadamBerusaha dan terus berusaha untuk maju ke hadapan... Tahniah kawan-kawan di KMCS...
BalasPadam