Khamis, 6 Oktober 2011

BERTEMU SI COMEL QALISH HAYQAL!




Pada hari Selasa yang lalu (27 September 2011), Syida, Muin, Sri, Amalina dan Kak Ros telah bertandang ke rumah Puan Zailah (Kak Ila) bagi melawat beliau yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki comel bernama Qalish Hayqal bin Abdul Aziz. Baby Qalish merupakan anak ketiga kepada Puan Zailah dan suaminya Encik Abdul Aziz telah selamat dilahirkan di Hospital Sungai Buluh kira-kira pada jam 2.00 petang pada hari Jumaat, 23 September 2011 yang lalu. Alhamdulillah, walaupun dilahirkan secara pembedahan, namun bayi seberat 3.18 kg ini sihat dan ceria sekali.



Wah, pabila melihat pipinya yang tembam sudah membuatkan kami geram untuk mencubit. Tapi, hajat untuk mencubit itu terpaksa kami pendamkan dek kerana dia tidur lena diulit mimpi. Walaupun, kedatangan kami cuma sekejap, namun kami gembira kerana dapat bertemu dengan Kak Ila yang sekian lama bercuti panjang kerana menghadapi masalah ketika mengandungkan baby Qalish. Alhamdulillah, mereka berdua selamat. Kami di KMCS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Kak Ila dan keluarga atas kelahiran baby Qalish. Semoga mereka sekeluarga bertambah ceria dan doa kami buat baby Qalish, semoga dia menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat, insya-Allah.






















1 ulasan:

  1. Salam, terima kasih di atas kunjungan sahabat sekelian. Semoga dengan kunjungan ini, membawa sejuta rahmat kepada kami sekeluarga... amin..

    BalasPadam