Rabu, 7 April 2010

LAMAN SENI PUTRAJAYA









Pada bulan Mac yang lalu, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor telah dijemput bagi memeriahkan program Laman Seni Putrajaya kali ke-26 yang telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 27 dan 28 Mac 2010. Progam ini telah diadakan di perkarangan Jambatan Putra, Putrajaya. Laman Seni ini merupakan aktiviti bulanan yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya yang bertujuan untuk mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi pelancongan. Selain itu juga, aktiviti ini adalah untuk membantu usahawan-usahawan kraf dan penggiat-penggiat seni mempamerkan hasil seni mereka kepada pengunjung yang datang.


Penglibatan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor dalam program ini adalah menerusi penyertaan usahawan kraf seramai 11 usahawan bagi membuat pameran dan jualan di samping terlibat dalam aktiviti interaktif kraf batik.


Pelbagai acara menarik telah disediakan kepada pengunjung yang hadir termasuklah persembahan kebudayaan, aktiviti interaktif kraf, pertandingan mewarna, pameran serta jualan hasil seni dan sebagainya. Terdapat lebih daripada 40 gerai jualan dan hampir separuh daripadanya mempamerkan hasil seni seperti lukisan cat air, seni khat dan kaligrafi Islam, produk kraftangan serta gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman. Respon yang diterima oleh penggunjung amat menggalakkan dan mereka amat berpuas hati dengan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan.


Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor amat berterima kasih dengan kerjasama dan sokongan yang telah diberikan oleh Perbadanan Putrajaya dalam membantu mempromosikan produk kraf negara.

PROGRAM – PROGRAM DI BAWAH PEMBANGUNAN INDUSTRI KRAF











•Terdapat tiga ( 4 ) program utama di bawah Pembangunan Usahawan Kraf, di antaranya ialah :-

1)Program Satu Daerah Satu Industri
2)Program Kraf Warisan Dan Orang Asli
3)Program Pentahapan Usahawan Kraf
4)Program Pemeliaharaan / Pemuliharaan Kraf

1 ) PROGRAM SATU DAERAH SATU INDUSTRI

├╝Adalah merupakan satu program untuk membangunkan sosio-ekonomi masyarakat tempatan melalui penglibatan aktiviti kraf yang diusahakan secara komersil.

OBJEKTIF
i.Membangunkan sesuatu kampung / kawasan sebagai pusat pengeluaran kraf yang menghasilkan produk beridentitikan setempat yang diusahakan secara perniagaan oleh penduduk tempatan.

ii.Mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dengan penyertaan dalam aktiviti ekonomi mengeluarkan produk kraf yang memberikan pendapatan yang berterusan.

SUB AKTIVITI YANG DIJALANKAN TERDIRI DARIPADA :-

i.Program Latihan
ii.Pembangunan Produk Dan Sistem Pengeluaran
iii.Pentahapan Produktiviti Dan Sistem Pengeluaran
iv.Pembangunan Promosi Dan Pasaran
v.Pembangunan Prasarana Pengeluaran

SENARAI PROJEK SDSI NEGERI SELANGOR

i)Ukiran kayu Mahmeri, Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey
ii) Batik, Daerah Gombak


PEMBANGUNAN USAHAWAN KRAF WARISAN DAN ORANG ASLI


OBJEKTIF

├╝Membangunkan pengusaha pengeluar produk kraf warisan supaya menjadi usahawan yang membuat pengeluaran secara komersil.

STRATEGI

i.Membangun semula kraf warisan yang menghadapi kepupusan dengan membangunkan usahawan yang mengeluarkan produk berkenaan secara berterusan dan sepenuh masa.
ii.Membangun tenaga pelapis
iii.Pengurusan Produk

SUB AKTIVITI YANG DIJALANKAN TERDIRI DARIPADA :-

i.Pembangunan Usahawan Kraf Warisan Dan Orang Asli ( program latihan )
ii.Pembangunan Prasaran Bengkel
iii.Pembangunan Produk
iv.Mesin Dan Peralatan

SENARAI PROJEK KRAF WARISAN DAN ORANG ASLI SELANGOR :-

1.Anyaman Mengkuang dan Pandan Orang Asli Mahmeri, Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey.
2.Seramik India, Jalan Keretapi Lama, Kuala Selangor

PROGRAM PENTAHAPAN USAHAWAN KRAF


OBJEKTIF

i.Menggalakkan pembangunan usahawan kraf dengan pentahapan usahawan dari kategori Enterprise Mikro, Enterprise Kecil dan Enterprise Sederhana, usahawan muda dan usahawan kraf warisan yang berdaya maju tahan supaya mereka menjadi pemangkin dalam pembangunan industri kraf.
ii.Membangun produktiviti dan kualiti keluaran produk kraf tempatan dalam sektor utama iaitu tektil, hasil rimba, seramik, kraf etnik dan logam

STRATEGI

i.Menentukan arah tuju pembangunan sesuatu bidang kraf.
ii.Pembangunan pengeluaran komersil
iii.Pembagunan tenaga kerja dan kemahiran
iv.Pentahapan usahawan
v.Pentahapan usahawan muda
vi.Pembangunan usahawan muda
vii.Pembangunan usahawan kraf warisan

SUB AKTIVITI YANG DI JALANKAN TERDIRI DARIPADA :-

i.Latihan
ii.Produktiviti dan Kualiti ( bimbingan teknikal, orientasi pengeluaran )
iii.Pembangunan Prasarana Pengeluran.

SENARAI PROJEK PENTAHAPAN USAHAWAN KRAF SELANGOR :-

i. Lakar Sutera ( batik )
ii.Unggul Art & Design ( aneka kraf )
iii.Mega Ukir Craft ( ukiran kayu )
iv.Cipta Edar DHO ( rehal )
v.East Art Enterprise ( logam )
vi.Koperasi Sungai Lang Berhad ( bunga jagung )
vii.Kasih Quilt ( jahitan )
viii.Akar Emas ( logam )