NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463
Khamis, 2 Disember 2010
BENGKEL BIMBINGAN TEKNIKAL TEKNIK MELARIK BATU MARMAR
Baru-baru ini Kraftangan Cawangan Selangor telah mengadakan Bengkel Bimbingan Teknikal Teknik Melarik Batu Marmar bertempat di Pusat Inkubator Kraf Petaling Jaya. Bengkel yang bermula pada 1 hingga 11 November 2010 (12 hari) ini telah berlangsung dengan jayanya. Tenaga pengajar bagi bengkel ini merupakan En. Che Ani bin Murad, salah seorang pakar dalam melarik batu marmar di syarikat Fabillah Marble Craft yang beroperasi di Desa Keda Wang Tok Rendang, Langkawi.
Seramai 5 peserta telah mengikuti bengkel ini dan mereka kini telah mampu menguasai teknik tersebut dengan baik. Isi kandungan bengkel ini adalah seperti:-
* Pengenalan kepada mesin larik.
* Mengenali mata larik dan fungsi kegunaan.
* Teknik mengasah mata larik.
* Mengenali mesin larik serta cara operasi mesin larik.
i) mengawal kelajuan
ii) mengapit batu marmar pada mesin
iii) menyelaraskan kedudukan batu pada mesin
* Mengenali jenis-jenis batu marmar.
i) Batu hitam ( keras )
ii) Batu putih ( lembut )
* Mempelajari teknik asas melarik
i) Cara-cara melarik batu blok untuk menghasilkan bentuk selinder.
ii) Cara-Cara melarik bahagian luar bagi mendapat bentuk luaran produk yang dikehendaki.
Apa yang menariknya, para peserta berjaya melarik produk mengikut rekaan sendiri dan di antara produk yang telah dihasilkan adalah seperti tempat lilin (candle stand), pasu kecil, pasu kecil bertutup. Produk-produk tersebut akan dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa mengikut kualiti dan standard yang telah ditetapkan.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Encik Ramli bin Mohd Noor, telah membuat lawatan ke Pusat Inkubator Kraf Petaling Jaya bagi melihat sendiri aktiviti bengkel ini dijalankan bersama-sama beberapa pegawai Bahagian Usahawan ibu pejabat.
Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Encik Mat Rasul bin Mat Sidek, Wakil Pengarah, Bahagian Usahawan pada 11 November 2010. Secara keseluruhannya bengkel ini telah memberi banyak maklumat dan manfaat kepada peserta yang telah mengikutinya. Kepada para peserta, diharapkan agar tidak mensia-siakan ilmu yang telah diperolehi. Selamat Maju Jaya.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nantikan produk batu marmar ni masa HKK 2011. Tungguuu....
BalasPadam