Jumaat, 3 Februari 2012

MESYUARAT JKPC KALI PERTAMA (01) BAGI TAHUN 2012




Bulan Januari kian berlalu pergi. Walaupun masih lagi berada di ambang tahun baru namun kerja-kerja seharian diteruskan seperti  biasa. Bagi tahun baru 2012 ini, momentum kerja perlu dipertingkatkan lebih daripada tahun-tahun sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat JKPC kali pertama bagi tahun 2012 telah diadakan pada 30 Januari 2012 yang lalu bertempat di Bilik Mesyuarat KMCS. Alhamdulillah, bilangan ahli mesyuarat pada kali ini amat memberangsangkan dan diharapkan prestasi sebegini akan berterusan dan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Seperti biasa, mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya, Puan Pengerusi telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan tahun baru dan inti pati ucapan tersebut merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

a.      Perlu audit diri dan tetapkan matlamat untuk mencari keredhaan Allah;
b.      Arahkan diri untuk melakukan transformasi ke arah yang lebih baik
i.      Pastikan rekod kehadiran ke pejabat sentiasa memuaskan.
ii.     Minum pagi selewat-lewatnya sebelum jam 8.30 pagi.
iii.   Berada di meja masing-masing dan memulakan tugasan selewat-lewatnya pada jam 8.30 pagi .
iv.  Tugasan yang berikan perlulah disiapkan dengan kadar segera sekurang-kurangnya dalam masa satu hari bekerja.
v.    Mengisi borang datang lewat / pulang awal dan merekod di kad perakam waktu sekiranya datang lewat / pulang awal.
vi.   Perlu menjawab panggilan telefon rakan sekerja yang lain sekiranya mereka tiada di meja
vii.   Perlu bercakap dengan berbudi bahasa dan jangan menyakitkan hati rakan-rakan sekerja serta elakkan menyinggung perasaan orang lain. Anggota kerja yang muda perlulah menjaga kata-kata dan menghormati anggota kerja yang lebih ‘senior’.
viii.  Perlu bersikap proaktif untuk kerja-kerja  penambahbaikan unit masing-masing.
ix.   Jadilah orang yang sentiasa memberi, membantu atau multi-tasking untuk membantu rakan-rakan unit yang lain.
x.   Sentiasa mengingatkan diri agar buat yang terbaik dan apabila melakukan kerja lebih daripada biasa anggaplah bahawa kita sedang mencari redha Allah.
xi.   Rajin-rajin ‘berbisik’ dengan Allah dan jadilah hamba yang rindu untuk mengenal Tuhan, sentiasa mengadu kepada-Nya, memohon kepada-Nya dan sentiasa bertawakal kepada-Nya.
xii.  Menjaga solat lima waktu dan jadilah hamba yang sentiasa mengingati Allah.

Mesyuarat juga telah diteruskan dengan membincangkan agenda-agenda mesyuarat yang lepas dan beberapa perkara baru turut dibangkitkan untuk tindakan segera. Mesyuarat bersurai pada jam 1.00 tengah hari.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan