Khamis, 8 Mac 2012

HILANG LAGI SEKUNTUM BUNGA KMCS



Kami warga KMCS telah kehilangan seorang lagi warga yang amat kami kasihi iaitu Puan Zailah binti Zaid yang telah ditukarkan ke Bahagian Rekaan, Ibu Pejabat berkuat kuasa pada 1 Mac 2012 yang lalu. Sedih memang sedih, namun bak kata En. Dan (Rushdan Ahmad), “Sudah menjadi adat buat yang bergelar penjawat awam, bersedialah apabila diarahkan bertukar kerana perkhidmatan kita bukan hanya di perlukan setakat di satu tempat sahaja”.  

Buat Puan Zailah, dirimu umpama kakak bagi kami di sini. Hilangmu cuma di mata tapi di hati sentiasa ada, insya-Allah. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Puan Zailah. Terima kasih kami ucapkan atas segala pengorbanan serta pertolongan yang dihulurkan selama ini. Jasa dan kenangan bersamamu di sini akan tetap kami dikenang.

1 ulasan:

  1. .. Terima kasih di atas ucapan dan doa kalian semua warga KMCS... segala kenangan tetap abadi diingatan.. semoga persahabatan yang telah terjalin akan terus mekar mewangi sepanjang hayat.. amin ya rabbal alamin.. Insya-Allah..

    BalasPadam