Ibarat peribahasa “Bersekutu
bertambah mutu”... Jika bersepakat untuk menghasilkan sesuatu yang ingin
dicapai, maka akan beroleh kecemerlangan dengan terhasilnya muafakat,
insya-Allah ini adalah memperkatakan tentang pertemuan pada 7 Ogos 2012, iaitu di
antara pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) yang diketuai oleh
Pengarah KMCS iaitu Puan Ruslah Khalid, Timbalan Pengarah, Encik Rosman Manan,
pegawai Unit Usahawan KMCS bersama wakil dari Pembangunan Asnaf MAIS Zakat
Selangor, diketuai oleh Pengurus MAIS Zakat Sdn. Bhd. dan Pen. Pegawai Kraf
dalam membincangkan mengenai kolaborasi yang bakal ditempuhi bersama untuk
membantu golongan asnaf fakir miskin di negeri Selangor.
Alhamdulillah setelah melalui
perbincangan, pihak KMCS telah memberi beberapa cadangan balas yang bernas
kepada pihak Asnaf MAIS Zakat untuk mengadakan beberapa kursus yang dicadangkan
oleh mereka. Kursus yang ditawarkan oleh pihak Pembangunan Asnaf MAIS Zakat
adalah kursus anyaman rotan / mengkuang, kursus pembuatan bunga tekap dan
kursus serat tumbuhan yang akan dipelajari oleh peserta-peserta asnaf fakir
miskin yang bernaung di bawah Asnaf MAIS Zakat Selangor.
Pihak KMCS amat berbesar hati menerima
kehadiran mereka dan sudi
membantu. Semoga niat dan usaha untuk membantu membangunkan asnaf fakir miskin
ini dipermudahkan dan diberkati Allah, insya-Allah.
Wakil dari Pembangunan Asnaf MAIS Zakat
Selangor
|
Wakil dari Kraftangan Malaysia Cawangan
Selangor (KMCS)
|
Sesi perbincangan telah bermula...
|
Teruja
membincangkan usaha membantu asnaf fakir miskin di
bulan
Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah.
|
Sumber disediakan oleh Marshila binti Marzuki / Rabu/ 8 Ogos
2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan