Isnin, 12 November 2012

KITA BERPESTA LAGI... KONVO IKN 2012


Majlis Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) tahun 2012 datang lagi. Namun, terdapat sedikit kelainan yang ditonjolkan pada tahun ini. Majlis Konvo ini telah diserikan lagi dengan pelaksanaan aktiviti Promosi Kraf Malaysia bagi memeriahkan majlis. Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan pada kali ini seperti aktiviti jualan dan pameran produk kraf, interaktif kraf, acara galakan pengunjung, lawatan berpandu, demonstrasi masakan tradisional pertandingan dan banyak lagi. Jualan produk bukan kraf pun ada seperti jualan bunga, buku, mesin, pakaian dan sebagainya.



Pada pendapat saya, Majlis Konvo pada kali ini sangat meriah dengan kehadiran pelbagai agensi luar bagi sesi lawatan berpandu seperti anggota kerja Dewan Bahasa dan Pustaka, peserta PLKN, Puspanita, pelajar-pelajar sekolah dan banyak lagi. Acara-acara yang dipersembahkan pada tahun ini juga begitu menarik perhatian ramai. Persembahan dikir barat, teater, pertunjukan silat dan beberapa pertandingan turut menceriakan lagi majlis ini.


 
Pada hari terakhir, turut diadakan jualan harga runtuh bagi hasil produk pelajar seperti jurusan kayu, logam, seramik, tenunan, batik dan rotan. Suasana begitu gamat sekali dengan laungan dan pekikan harga murah bagi setiap produk yang ditawarkan. 








Apa lagi, ramailah pengunjung yang balik dengan senyuman gembira. masakan tidak, kiri kanan tangan menjinjit beg plastik berisi produk kraf yang telah dibeli dengan harga runtuh. Jadi, jom kita tengok ragam para pengunjung...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan