Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua...
Apa khabar? Semoga kita sentiasa berada dalam pemeliharaan dan perlindungai Allahdi dunia dan akhirat, insya-Allah. Pada hari ini kami ingin berkongsi sedikit satu artikel yang diperolehi daripada JAKIM tentang kelebihan hari Jumaat, penghulu segala hari. Jom, kita sama-sama baca...
Riwayat: (Al-Bukhari)
Hadith:
Dari Abu Hurairah r.a katanya
Rasulullah SAW bersabda:Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke
dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang
paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada
kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan
kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita
iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu)
untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.
Huraian Hadith:
1.
Islam menyerlahkan perbezaan yang
begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti
membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.
2.
Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah
sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari
Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.
3.
Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan
oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat
Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim
serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba
dibawa masuk oleh musuh Islam.
4.
Kegagalan umat Islam dalam
mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat
Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah
berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan
Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang
telah ditetapkan oleh syarak.
Sumber - http://www.islam.gov.my/e-hadith/jumaat-penghulu-segala-hari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan