Pejam celik pejam celik sudah masuk bulan Oktober 2014. Cepat betul masa berlalu. Bulan Oktober 2014 sangat bermakna buat Puan Rosmawati atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ros. Mulai 1 Oktober 2014 Kak Ros akan mula bercuti sehingga sebulan dan pada 1 November 2014 bermulalah episod baru dalam hidup Kak Ros kerana beliau akan bersara (pilihan). Banyak kenangan kami warga KMCS bersama beliau.
Majlis telah dimulakan
dengan sedikit 'kejutan' buat Puan Ruslah dan Kak Ros hehe.. Seperti
biasa Pengacara Majlis sudah tentunya Encik Dan dan bacaan doa oleh En.
Azrul. Kata-kata ucapan perpisahan dimulakan dengan ucapan oleh Puan
Pengarah kemudian mengikut giliran tempat duduk. Adat berpisah sudah
pasti ada gelak, ada tawa, ada sedih ada air mata..
Suasana sedih memang sukar dibendung tapi kami kuatkan hati kerana Kak Ros awal-awal lagi memohon agar perpisahan bersama beliau bukan untuk ditangisi kerana kami akan tetap dihatinya walaupun telah bersara kelak.
Kami di KMCS juga turut mengambil peluang untuk mengadakan satu Majlis Perpisahan buat Kak Ros sebagai tanda terima kasih atas jasa dan kerjasama baik yang telah dihulurkan oleh beliau sepanjang bersama kami di KMCS. Alhamdulillah masing-masing mahu mengumbangkan 'sesuatu' untuk Kak Ros dengan menunjukkan bakat terpendam masing-masing memasak juadah makanan untuk meraikan majlis buat Kak Ros.
Buat Kak Ros, kami memohon jutaan kemaafan di atas salah dan silap kami sepanjang bekerja bersama. Kami mendoakan agar Kak Ros tabah menjalani kehidupan bersama anak-anak selepas 'perginya' suami tercinta menghadap Illahi pada bulan Januari 2014 yang lalu. Semoga Allah merahmati perjalanan hidupmu, memurahkan rezekimu bersama anak-anak, dilindungi di dunia dan akhirat, insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan