Rabu, 23 Februari 2011

DEBARAN SEMAKIN TERASA...


Salam semua pembaca Blog KMCS... Debaran sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2011 yang merupakan sambutan kali ke-9 akan bermula pada esok hari, di Kompleks Kraf Kuala Lumpur semakin dirasai oleh para pencinta kraf. Dianggarkan seramai 500 usahawan akan mendaftarkan diri untuk membuka ruang niaga di sana.

Hari ini, program bermula seawal jam 9.00 pagi iaitu pendaftaran para usahawan. Kelihatan tahun ini usahawan telah mempersiapkan diri untuk mempamer dan menjual produk kraf hasilan mereka. Memang hebat-hebat belaka sama ada dari usahawan negeri Selangor, KL dan juga negeri-negeri seluruh Malaysia.

Selesai pendaftaran, program diteruskan pula dengan sesi taklimat usahawan. Sesi taklimat ini dimulakan pada jam 4.00 petang. Taklimat ini penting untuk setiap usahawan yang menyertai kerana terdapat banyak pengumuman penting yang harus diberikan perhatian agar semua berjalan dengan lancar.

Selesai sesi taklimat, para usahawan telah meneruskan semula persiapan atau setup di ruang niaga masing-masing. Para usahawan begitu bersemangat semasa mengatur dan menghias ruang niaga masing-masing supaya kelihatan kemas dan teratur agar dapat menarik para pengunjung esok!.

Doa kami dari warga KMCS, agar usahawan kraf kini lebih bersedia mendepani cabaran di masa hadapan, serta berusaha mengubah sikap dan tabiat agar mampu menjadi usahawan kraf yang diharapkan bagi menyahut tema Hari Kraf Kebangsaan 2011 iaitu “kraf menjana ekonomi” dan diharap menjadi satu platform untuk mencari peluang perniagaan yang lebih luas. Insya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan