Alhamdulillah
bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan rahmat-Nya kita masih lagi
diberikan segala nikmat terutamanya nikmat yang tidak terhingga iaitu masih
dapat bernafas di bumi Allah yang penuh barakah ini. Walaupun kita sering
dihimpit dengan pelbagai ujian dan dugaan dalam melayari kehidupan ini, namun
Allah sentiasa bersama kita dan tidak pernah meninggalkan kita walaupun
sesaat. Nikmat Allah sentiasa ada dan
cuma kita sebagai hamba-nya ini yang sering kali terleka dengan nikmat dunia
sehingga sering melupakan-Nya.
Sempena
meraikan sambutan Maal Hijrah pada tahun ini, KMCS telah mengambil kesempatan
untuk mengadakan ceramah agama bertajuk Transformasi Kerjaya Dalam Konsep
Hijrah. Ceramah agama ini telah diadakan pada 28 Disember 2011 dan telah
disampaikan oleh YBhg Ustaz Husni Mubarak. Ceramah yang begitu santai telah
berjaya membuka mata dan minda kami untuk melakukan perubahan dalam kehidupan
terutamanya dalam bidang kerjaya.
1. Bersyukur kerana kita telah
dikurniakan TIGA (3) nikmat yang paling berharga iaitu Islam, Iman dan nikmat
dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad s.aw.;
2. Sentiasa menjaga keberkatan rezeki
kerana rezeki yang baik akan membentuk sahsiah diri dan anak-anak;
3. Budaya menuntut ilmu yang berterusan
kerana ilmu merupakan pemimpin dalam kehidupan kita;
4. Memantapkan diri dengan ilmu
pengetahuan dan memperbanyakkan amalan-amalan
yang baik seperti solat, berzikir, berdoa memohon keredhaan Allah,
membaca Al-Quran dan sebagainya.
5. Perlu menggunakan waktu bekerja dengan
baik supaya rezeki yang diperolehi sentiasa diberkati oleh Allah s.wt.
6. Kita perlu memahami keutamaan dalam
melaksanakan kerja seharian. Kita
haruslah melaksanakan kerja mengikut kepentingan. Kerja yang penting harus
diselesaikan dahulu kemudian barulah melaksanakan kerja-kerja yang kurang
penting.
Di
akhir sesi ceramah, kami telah diberikan masa untuk mengemukakan soalan dan
kemusykilan dan Alhamdulillah Ustaz yang cukup sporting ini telah berjaya menjawab soalan kami dengan baik.
Masing-masing amat berpuas hati dengan kandungan ceramah yang diberikan
sehingga kami merasakan begitu cepat masa berlalu. Insya-Allah, ilmu yang kami
perolehi bersama ustaz akan kami manfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan