Pada 11 Januari yang lalu, sekali lagi Encik Shahrul dan
Encik Ridzuan telah mengadakan pemantauan peserta aktiviti Latihan Jangka
Pendek (LJP) Orang Asli Kg. Sg. Kurau, Pulau Carey. Aktiviti LJP yang telah
melibatkan empat peserta termasuk tenaga pengajar ini dijangka akan berakhir pada
penghujung bulan Januari ini. Daripada pemantauan yang dilakukan, KMCS
mendapati tahap kemahiran mengukir para peserta bertambah baik daripada bulan-bulan sebelumnya.
Lihat saja pada produk yang dihasilkan, telah membuatkan kami berasa tidak
sabar untuk melihat hasil produk mereka pada akhir aktiviti LJP ini kelak. Semoga mereka terus
berjaya menghasilkan produk ukiran yang terbaik dan identiti mereka sebagai
masyarakat Orang Asli Kg. Sg. Kurau juga dapat diketengahkan setaraf dengan
masyarakat Orang Asli Kg. Sg. Bumbun, insya-Allah.
|
Semua peserta LJP yang terlibat |
|
Inilah bengkel tempat mereka mengukir kayu. Bengkel ini terletak di Kg. Sg. Kurau tidak jauh daripada Kg. Sg. Bumbun. |
|
salah seorang peserta yang tekun menyiapakn produk mengikut rekaan yang telah ditetapkan. |
|
Wah, produk unik yang hampir siap. |
|
Encik Ridzuan sedang memberikan penerangan kepada tenaga pengajar yang terlibat. |
|
Emmm... Nampak mudah tapi banyak faktor yang perlu dititik beratkan bagi menghasilkan produk yang berkualiti. |
|
Inilah hasil produk yang hampir siap. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan