Tanggal 17 Julai 2012, telah diadakan Mesyuarat JKPC Cawangan yang dipengerusikan oleh Pengarah KMCS. Seramai 12 orang warga KMCS hadir di dalam mesyuarat ini. Fokus mesyuarat untuk membentang pencapaian aktiviti berdasarkan KPI yang ditetapkan oleh Ibu Pejabat dan KPI Unit-unit, memantau pelaksanaan projek/aktiviti yang sedang dan akan dilaksanakan, mencari kaedah menangani pemasalahan jika ada.
Di dalam perutusan Pengerusi, beliau mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warga kerja KMCS serta menyeru kepada semua agar pada bulan yang mulia ini, dapat merebut peluang untuk beribadat terutamanya melaksanakan ibadah Terawih yang cukup besar pahalanya serta menambahkan dengan amalan sunat. Di dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang dipanggil malam Lailatul Qadar yakni malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam Lailatul Qadar jugalah Al-Quran diturunkan.
Seterusnya Pengerusi berharap semua warga kerja KMCS menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, ikhlas, amanah, proaktif dan bersatu padu serta berazam menjadi yang lebih baik pada bulan puasa ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan