Sumber gambar - Manang Songket
Songket, lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang
diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun
terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi
menarik.
Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah
menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan. Tenunan songket mula
berkembang dibeberapa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur
seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Sumber gambar - Manang Songket
Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada
tenunan songket melambangkan kedudukan seseorang. Secara tradisi,
songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas
serta dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.
Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh
golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis
tertentu.
Sumber gambar - Manang Songket
Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai
pakaian tradisi untuk mempermanis dan memperaga seni budaya, ia juga
turut diilhamkan pada pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai
gambar, hiasan dinding, kusyen dan sebagainya.
Sumber gambar - Manang Songket
Tradisi menenun masih dapat dikekalkan tidak
berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek,
motif dan ragamhiasnya serta cara menenun itu sendiri memperlihatkan
keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar
hingga ke hari ini.
Sumber - http://www.kraftangan.gov.my
Sumber gambar - http://authentique-terengganu.blogspot.com/2010/12/classy-songket-by-wan-manang-songket.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan