Khamis, 11 September 2014

MESYUARAT JKPC BULAN SEPTEMBER 2014


Pada hari Rabu (10 September 2014) yang lalu, Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Cawangan (JKPC) kali ke-8 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat KMCS. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi telah berakhir pada jam 12.15 tengah hari dan telah disambung dengan Mesyuarat Jawatan Kuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPKA) dan Jawatan Kuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JKPKA). Alhamdulillah, semua warga KMCS hadir dalam mesyuarat pada kali ini. 


Ketiga-tiga mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Pengarah KMCS iaitu Puan Ruslah binti Khalid. Seperti biasa, Puan Pengarah akan menyampaikan amanat, pesanan dan nasihat serta memaklumkan arahan dari masa ke semasa Ibu Pejabat sebagai peringatan dan makluman kepada semua ahli mesyuarat.


Setiap Unit di KMCS telah membentangkan aktiviti yang akan dan telah dijalankan pada bulan Ogos dan September serta memaklumkan sebarang maklumat terkini  yang diperolehi dari Ibu Pejabat atau agensi luar. Alhamdulillah, hampir semua Unit di KMCS telah mencapai KPI yang telah ditetapkan. Namun begitu, Puan Pengarah mengingatkan agar setiap warga KMCS perlu meningkatkan lagi usaha lebih banyak aktiviti dapat dijalankan sehingga berakhirnya tahun 2014.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan