Isnin, 22 September 2014

ORIENTASI NOSTALGIA FAKULTI FARMASI UiTM PUNCAK ALAM




Sudah tiga tahun berturut-turut team J1M1K turun padang ke Fakulti Farmasi, UiTM Puncak Alam untuk sesi mencanting batik di sini. Alhamdulillah, Dekan Fakulti Farmasi ini sangat meminati aktiviti seni terutamanya kraf. Dia mahu 'anak-anak' yang belajar Sains turut terlibat dalam aktiviti seni kerana seni kan mampu memberikan ketenangan jika dilakukan secara santai pada masa lapang. 


Kami datang atas jemputan mengajar mencanting batik sempena aktiviti 'Orientasi Pelajar Semester 1, Fakulti Farmasi. Aktiviti yang bermula pada jam 10.00 pagi ini agak meriah. Pada mulanya mereka agak kekok dan mengaku diri sendiri 'buta seni' tapi semua ilmu boleh kita dapat melalui pembelajaran kan? Cepat saja mereka belajar dan boleh mencanting tanpa sebarang masalah.



Pada kali ini pengisian aktiviti sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Jika, sebelum ini sesi mencanting dilakukan secara santai, namun kali ini agak mencabar kerana aktiviti mencanting batik ini jadikan 'check point' terakhir sebelum menamatkan aktiviti ala-ala 'tresure hunt'. Memang kelam kabut kedua-dua pihak. Baik team J1M1K mahupun ahli kumpulan yang bertanding. Semuanya kena pantas! Aktiviti yang melibatkan hampir 20 kumpulan dengan bilangan 350 peserta ini memang sangat meriah dengan pelbagai gelagat. Jom, kita lihat..


















1 ulasan:

  1. Saya pelajar farmasi di sana & join aktiviti hari itu. Dan batik yg saya lukis pun ada jugak dalam gambar :) seronok dapat pengalaman pertama kali mencanting batik hari tu.

    BalasPadam