Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Selasa, 24 Mei 2011, merupakan artikel sumbangan Cik Sri Norhafeeza binti Abdul Razak bertajuk "Rekaan Unik".NO. 1, KM. 20, JALAN IPOH-RAWANG, TAMAN REKREASI TEMPLER, 48000 RAWANG, SELANGOR. TEL:03-60916564 FAKS:03-60915463
Selasa, 24 Mei 2011
I-REKA
Artikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, Selasa, 24 Mei 2011, merupakan artikel sumbangan Cik Sri Norhafeeza binti Abdul Razak bertajuk "Rekaan Unik".KESALAHAN EJAAN SIRI 9
Isnin, 23 Mei 2011
MOTIVASI
Artikel bagi ruangan Motivasi hari ini, Isnin, 23 Mei 2011, telah disumbangkan oleh Encik Syahrul Hakimi bin Setapa bertajuk "Cabar Diri Untuk Berjaya". Marilah, kita sama-sama membaca artikel ini dan diharapkan agar ia sedikit sebanyak dapat membantu untuk meningkatkan motivasi diri kita, insya-Allah.KESALAHAN EJAAN SIRI 8
Jumaat, 20 Mei 2011
LAWATAN TAPAK... BAHAGIAN TEKNIKAL KE SANGGAR LAYAR~
SISTEM RAWATAN SISA AIR BATIK~ Lebih kurang jam 10.00 pagi hari ini, telah diadakan satu lawatan ke bengkel usahawan batik Sanggar Layar di Rawang. Encik Mohd Hafiz dan Encik Adi Fikri dari Bahagian Teknikal turun padang bagi membuat lawatan tapak ke bengkel usahawan. Manakala wakil dari KMCS yang bersama-sama mengiringi dalam sesi lawatan tapak tersebut pula adalah Timbalan Pengarah, Puan Zailah Zaid, Unit Usahawan, Cik Noor Iza Kassim, Encik Syahrul Hakimi dan juruteknik Encik Fathul muin. Tujuan lawatan ini diadakan bagi melihat masalah sisa pembuangan air batik yang dihadapi oleh usahawan tersebut. Selepas pemantauan dibuat, pihak Kraftangan telah mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi.
KMCS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bahagian Teknikal diatas kesudian mereka untuk bersama-sama turun padang melihat masalah tersebut. Insya-Allah. Kraftangan Malaysia akan cuba mencari jalan penyelesaian untuk membantu mengatasi masalah ini…. :D
Penerangan oleh Encik Mohd Hafiz kepada Timbalan Pengarah
AGENDA INTEGRITI NASIONAL SEJAUH MANA KESEDARAN KITA
Setelah tujuh tahun pengenalan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan tertubuhnya Institut Integriti Malaysia (IIM), arah tuju pembangunan sebuah negara maju yang dinamik dengan memiliki aset modal insan berkualiti dan berhemah mampu direalisasikan jika peranan tersebut didokong bersama seluruh anggota masyarakat.
Sepanjang bulan April dan Mei ini, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan Institut Integriti Malaysia (IIM) menjurus kepada pemupukan kesedaran dan pemahaman tentang kepentingan budaya moral dan berakhlak dalam kalangan rakyat, agensi kerajaan mahupun organisasi korporat.
Pelbagai cadangan dan pendekatan telah disuarakan dalam usaha menyuburkan kembali nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat yang dilihat kian terhakis kini. Terdapat beberapa elemen penting yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak bermula dengan pengukuhan institusi kekeluargaan yang semakin rapuh kini.
Sehubungan itu, sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat untuk kesejahteraan bersama, Pelan Integriti Nasional (PIN) telah menggariskan beberapa ciri khusus dengan tumpuannya untuk meningkatkan pegangan moral dan etika rakyat secara lebih menyeluruh.
Konsep dan amalan berintegriti ini telah diberi penekanan khusus ke arah menjadikan rakyat Malaysia komuniti moden bertamadun dan berakhlak selaras dengan falsafah ke arah negara maju berpendapatan tinggi. Matlamat ini memerlukan perancangan strategik dan berpanjangan untuk merealisasikannya.
Menurut Muhyiddin, konteks politik hari ini, pemimpin dan pemerintah berperanan penting dalam menbentuk tahap kebolehpercayaan institusi kerajaan di mata rakyat bagi mengelakkan persepsi negatif serta tanggapan birokrasi menebal dan penyalahgunaan kuasa dalam sektor awam.
Persoalan rasuah dan salah guna kuasa tidak hanya berlegar di sekitar nafsu penguasa sahaja, sebaliknya ia turut melibatkan semua peringkat organisasi jika tiada langkah konkrit diambil segera bagi mengawal dan membasminya.
”Dalam perjalanan menuju negara maju, hakikat yang perlu kita sedari ialah kemajuan tidak harus semata-mata dinilai dari aspek pencapaian ekonomi dan teknologi, tetapi melibatkan ketinggian nilai sosial, budaya , moral, intelek, etika dan rohani.
“Kewujudan sebuah masyarakat yang berintegriti iaitu masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai etika, moral dan kerohanian yang luhur merupakan prasyarat utama kepada keupayaan kita untuk mengurus kejayaan dan menuju masa depan lebih gemilang”, katanya.
• Keutuhan moral individu, masyarakat bangsa mahupun institusi bergantung kepada banyak faktor, antaranya ialah kurangnya nilai dan moral serta tiada ketakwaan kepada Tuhan.
• “Aspek atau gejala rasuah sebahagian besarnya muncul daripada kurangnya nilai integriti dalam diri. Ia amat bersangkut paut dengan nilai moral seseorang iaitu tidak amanah, tidak bertanggungjawab serta mementingkan diri dan sebagainya.
• “Berdasarkan Indek Persepsi Rasuah 2010, 20 buah negara paling kurang rasuah dunia memperlihatkan hanya sebuah negara Islam disenaraikan iaitu Qatar di kedudukan ke-19 dengan 7.7 mata.
• “Manakala daripada sembilan negara paling rasuah dicatatkan, hanya Myanmar bukan negara Islam dengan 1.4 mata, selebihnya negara Islam. Malaysia pula dengan 4.4 mata berada di kedudukan 56” jelasnya.
• Rendahnya prestasi dan nilai integriti di kalangan negara islam perlu dilembagakan semula sikap dan budaya dengan menjadikan takwa satu dasar dan budaya dalam kepimpinan dan pemerintahan negara.
Sumber dipetik dari – Utusan Malaysia, Selasa, 10 Mei 2011
TAZKIRAH MINGGUAN
Khamis, 19 Mei 2011
PUCUK DICITA ULAM MENDATANG…
Ha…. Pasti ramai yang pelik, bila masa pula KMCS tanam ulam? Yalah, tiba-tiba saja cakap pasal pucuk dan ulam… Sebenarnya tak ada kaitan pun.. Cuma kami hendak kongsikan kisah kami mengadakan perbincangan bersama ‘sahabat’ kami, FAMA Negeri Selangor. Alhamdulillah, hajat kunjungan pada awalnya satu, sudah bertukar menjadi dua..Pada 18 Mei 2011, Puan Ruslah, Puan Zailah, Akmal dan saya telah bertolak dari Rawang pada jam 9.00 pagi. Lebih kurang pukul 10.15 pagi kami tiba di pejabat FAMA Negeri Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam. Kedatangan kami disambut dengan penuh mesra oleh Pengarah FAMA Negeri Selangor iaitu Tuan Haji Rohizad, Encik Zharaubi, Kak Siti dan beberapa pegawai-pegawai lain. Meriah betul perbincangan kami. Macam-macam idea kreatif yang telah dilontarkan oleh Tn. Haji Rohizad sehinggakan kami sendiri teruja untuk menjalinkan kerjasama bersama. Insya-Allah KMCS akan cuba untuk mengikuti jejak langkah FAMA Negeri Selangor khususnya dalam menggiatkan aktiviti membangunkan usahawan dan promosi.
Pada awalnya, kami ke sana untuk berbincang mengenai aktiviti ‘rewang’ yang akan dijalankan dengan kerjasama FAMA Negeri Selangor. Aktiviti ‘rewang’ ini akan diadakan sempena Promosi Kerja Kahwin 2011 yang akan berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 4 Jun 2011. Rupa-rupanya perbincangan kami bukan hanya sekadar jalinan kerjasama melalui aktiviti ‘rewang’, namun banyak pula idea kreatif yang kami perolehi di sana. Ha… Nak tau apa idea-idea kreatif tersebut? Rakan-rakan pembaca kenalah sentiasa mengikuti blog KMCS pada setiap hari…
I-REKA
Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1MalaysiaArtikel bagi ruangan I-Reka pada hari ini, 19 Mei 2011 (Khamis), merupakan sumbangan daripada Cik Marshila binti Marzuki bertajuk "Rekaan Kreatif Atau Mengarut?". Marilah kita sama-sama mengikutinya.
KESALAHAN EJAAN SIRI 7
Rabu, 18 Mei 2011
BAHAGIAN KEDUA: BENGKEL BIMBINGAN TEKNIKAL ENAMELLING
Baru-baru ini telah diadakan peringkat kedua Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling (Kemahiran Produk Baru) yang telah pun diadakan selama empat hari berturut-turut bermula pada 14 hingga 17 Mei 2011. Bengkel ini diadakan susulan kejayaan bengkel BT Enamelling (Kemahiran Teknik Baru) yang lepas menerima maklumbalas positif daripada semua pihak. Seramai 19 orang peserta menyertai bengkel kali ini yang terdiri daripada usahawan, warga kerja Kraftangan Malaysia dan juga pelajar IKN. Apa yang lebih menarik pada bengkel kali ini, semua peserta diminta untuk mengaplikasikan teknik Enamelling ini ke atas produk rekaan baru yang direka oleh Pereka dalaman Kraftangan Malaysia.
Syukur.. Alhamdullilah….bengkel ini telah mencapai matlamatnya. Nilai tambah teknik Enamelling telah diaplikasikan ke atas beberapa produk seperti tepak sirih, mangkuk, bekas cincin, aksesori dan produk baru lain yang direka khas sempena kempen Promosi Kerja Kahwin dan Promosi Kraf Logam akan datang.
Dengan adanya bengkel kemahiran seperti ini, diharap ia dapat memberi manfaat yang berguna kepada golongan usahawan yang bersedia mencuba teknik baru dan melibatkan diri secara serius dalam bidang kraf tangan. Selain menjana keuntungan, secara tidak langsung, mutu dan kualiti sesebuah produk dapat dipertingkatkan serta setanding dengan produk kraf keluaran antarabangsa. Insya-Allah…. J
BERMULANYA LANGKAH PERTAMA…
Langkah apa? Mesti pembaca tertanya-tanya apa sebenarnya cerita kami pada hari ini. Alkisahnya, KMCS akan bekerjasama bersama FAMA Negeri Selangor bagi mengadakan aktiviti ‘rewang’ sempena Promosi Kerja Kahwin yang akan diadakan tidak lama lagi. Pada suatu masa dulu, Kraftangan Malaysia telah menjalinkan kerjasama sebegini namun, hubungan tersebut sedikit renggang dek kerana kekurangan penglibatan aktiviti secara bersama (bukannya bergaduh ye…).
Jadi, sebagai langkah pertama untuk ‘menaut’ kembali hubungan yang sedikit renggang, Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Unit Promosi akan berkunjung ke pejabat FAMA Negeri Selangor yang terletak di Shah Alam pada 18 Mei 2011 (Rabu), jam 10.00 pagi.
Kunjungan tersebut diharap akan membuahkan hasil yang menarik untuk dikongsikan bersama ketika aktiviti ‘rewang’ nanti. Jika nak tahu apa yang menarik pasal ‘rewang’ ini, pembaca perlulah sentiasa mengikuti blog kami. Insya-Allah, kami akan cuba memaparkan maklumat-maklumat terkini berkaitan aktiviti yang berlaku di KMCS dari semasa ke semasa.
KESALAHAN EJAAN SIRI 6
MOTIVASI

Isnin, 16 Mei 2011
ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN…

Hai!!! Hai!!! Haiii….!!! Kami datang lagiiii……. Kalau anda telah membaca episod Manis Si Bunga Teratai…. Manis Lagi Si Kura-kura, ini adalah episod seterusnya…. Baru-baru ini team Unit Penyelidikan & Pembangunan, iaitu Cik Marshila, Puan Nawwar Hidayah dan En. Mohd Ridzuan telah memantau sekali lagi produk prototaip kraf seramik di Terusi Art Studio, Rumah PENA, Kuala Lumpur. Dari kejauhan sudah ternampak En. Fauzi dan En. Fendi, iaitu usahawan Terusi Art Studio sedang bertungkus-lumus menyiapkan produk-produk sempena Promosi Kerja Kahwin 2011.
Hmm… Banyak juga produk-produk mereka, dan masih banyak lagi proses yang perlu dibuat. Seketika kami di sana telah dapat membuatkan kami belajar serba sedikit mengenai pembuatan kraf seramik. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Maka, kami pun turut serta membanting tulang menolong apa yang patut. Hehehe... Bukan tengok saja tau… Apapun diharap produk-produk tersebut berjaya dihasilkan dengan sempurna. Insya-Allah…..



SANTAPAN ROHANI
Artikel bagi ruangan Santapan Rohani pada hari ini, Isnin, 16 Mei 2011, telah disumbangkan oleh Encik Mohd Fathul Muin bin Mohd Hafid bertajuk "10 Perkara Yang Membuat Doa Tidak Akan Dimakbulkan Oleh Allah S.W.T.".KESALAHAN EJAAN SIRI 5
Khamis, 12 Mei 2011
KESALAHAN EJAAN SIRI 4
MOTIVASI
Artikel bagi ruangan Motivasi pada hari ini, 12 Mei 2011 (Khamis), merupakan sumbangan daripada Cik Amalina binti Rossli yang bertajuk "Motivasi Kejayaan - 7 Tabiat Orang Yang Berjaya - Steven Covey". Marilah kita bersama-sama memotivasikan diri supaya kita menjadi orang yang berjaya, insya-Allah. Rabu, 11 Mei 2011
BAHANGNYA KIAN TERASA…
Kami mengucapkan tahniah kepada usahawan yang telah terpilih dan bagi yang tidak terpilih, jangan kecewa dan berputus asa kerana masih banyak lagi promosi lain yang bakal dianjurkan oleh Kraftangan Malaysia.
Sambil sembang-sembang, sempat juga saya bertanyakan tentang persiapan mereka. Masing-masing sibuk membuat persiapan akhir bagi menghasilkan produk untuk dipamerkan nanti. Harapan kami agar semua usahawan yang telah terpilih bagi menyertai promosi ini akan mempamerkan produk yang terbaik dan menepati cita rasa pelanggan, insya-Allah.






